41 Syarikat e-hailing Pesaing Grab

Apabila kecoh Grab ni dikatakan syarikat monopoli e-hailing, tampil satu keratan akhbar oleh The Star Online. Menurut laman sesawang teresbut, di Malaysia mempunyai 42 syarikat e-hailing selain daripada Grab sahaja! Dan, 42 syarikat ini juga telah memperoleh kelulusan lessen daripad APAD.

Sekiranya kalian gagal mendapatkan perkhidmatan Grab, inilah masanya untuk anda mengenali lain-lain jenama e-hailing di Malaysia ini! Antaranya adalah Maxim taxi.

Maxim adalah syarikat e-hailing yang baharu di mana syarikat ini baru saja beroperasi sejak April 2019. Namun begitu, perkhidmatan yang disediakan sangat efisyen dan Maxim adalah salah satu syarikat e-hailing yang banyak digunakan di Sabah dan juga Sarawak selain daripada Grab Car. Kelainan kepada Maxim adalah kerana Maxim ini bertumpu kepada kawasan pedalaman.

Seterusnya, syarikat e-hailing Dacsee adalah salah satu pilihan yang kalian boleh pertimbangkan di mana Dacsee menawarkan tambang yang berpatutan dan rendah berbanding Grab. Walaubagaimanapun, Dacsee hanya menerima kaedah bayaran melalui tunai. Menariknya, bagi kawan-kawan yang memperkenalkan Dacsee kepada kawan-kawan, mereka akan menerima ‘Overriding Commission’. Maksudnya, nanti kalian akan dapat diskaun untuk next ride!

Akhir sekali, syarikat Eevom ni adalah syarikat e-hailing yang banyak digunakan di sekitar Cyberjaya. Selain Cyberjaya, Eevom ini juga menumpukan servisnya dalam sekitar Lembah Klang. Selain servis e-hailing, para pelanggan juga boleh menggunakan servis Eevom untuk kurier di sekitar Lembah Klang.

Inilah dia tiga syarikat e-hailing yang kalian juga patut cuba selain daripada Grab Car, okay?