Waktu Di Semenanjung Dicepatkan Sejam?!

Korang tak pelik ke kenapa kat Sabah Sarawak pukul 6 pagi dah terang? Sedangkan kat semenanjung nie masih gelap gelita. Kalau korang perasan lah kan? Haaa jangan tak percaya waktu di KL pernah dipercepatkan bukan sekali tapi dua kali uolls! Jom baca story menarik yang sis bet ramai lagi yang tak tahu ..

Tun Mahathir, merupakan perdana menteri pertama yang mempuyai kuasa melenturkan masa. Selain beliau banyak menabur jasa dengan melakukan banyak perubahan ketika menerajui kepimpinan kerajaan Malaysia- salah satu perubahan kontroversi yang beliau pernah lakukan adalah mempercepatkan masa. Ya! Mempercepatkan masa. Macam tak percaya kan? Rupanya seorang manusia hebat nie mampu mengubah waktu! Ini sangat mengejutkan dunia.

Tanggal 31 Disember 1981, jam 11:30 malam, jutaan rakyat Malaysia nak sambut New Year konon nak tunggu sampai pukul 12 tengah malam lah-  menyaksikan jam kat Dataran Merdeka. Masa nie lah Tun M menggunakan kuasanya cepatkan 30 minit menjadi jam 12 tengah malam and semua jam kat semenanjung Malaysia jugak di arah menukar masa. Masa nie semua orang terkejut!

Yang menjadi tanda tanya kenapa kat semanjung je? Sebab Tun M yang waktu tu yang menjadi perdana menteri nak selaraskan masa di semenanjung dengan Sabah Sarawak. Sebelum cepatkan masa tu, zon masa kat Malaysia Barat (MB) and Malaysia Timur (MT) tak selaras. MB guna GMT+7.30, manakala MT guna GMT+8. Bagi memudahkan urusan rasmi dan pentadbiran ekonomi negara, Tun Mahathir mahu waktu di seluruh Malaysia diselaraskan.

Anjakan 30 minit kehadapan nie telah menjadikan waktu MB sedikit pelik berbanding waktu di bandar-bandar lain yang terletak berhampiran garis khatulistiwa.  Kenapa pelik? Di khatulistiwa- pertukaran siang dan malam berlaku sekitar jam 6 pagi dan 6 petang. Ini menjadikan siang dan malam sama panjang iaitu 12 jam. Siang 6 pagi hingga 6 petang, jadi pertengahan waktu siang adalah jam 12. Sebab itu jam 12 digelar “tengah hari”. Waktu malam dari 6 petang hingga 6 pagi, jadi pertengahan waktu malam adalah jam 12. Sebab tu jam 12 digelar “tengah malam”. Di bandar-bandar yang terletak berhampiran khatulistiwa—Somalia, Jakarta, Makassar, Bandar Seri Begawan, Sabah Sarawak — matahari terbit pukul 6 pagi dan terbenam sekitar jam 6 petang.  Kat KL dan bandar-bandar MB pula, matahari terbit sekitar jam 7 pagi dan terbenam 7 petang. Pelik kan?

Ada lagi yang menarik! FYI, ini adalah bukan kali pertama semenanjung dicepatkan masa! Tun Mahathir bukan orang pertama yang tukar waktu di Malaysia. Perkara nie pun pernah dilakukan masa zaman penjajahan British satu ketika dahulu yang mempercepatkan masa Malaysia 30 minit jugak. British pernah arahkan gunakan zon waktu GMT+7.  Penyelarasan zon masa bukanlah sesuatu hanya berlaku di Malaysia. Demi kepentingan ekonomi dan pentadbiran, Singapura juga terpaksa ikut berganjak 30 minit kehadapan pada tahun penghujung tahun 1981 itu. Bayangkanlah korang kalau Singapura kekal guna GMT+7.30. Niaya orang Johor yang bekerja kat seberang tambak tu. Setiap hari, selepas lalu je kat kaunter imigresen tu, kena laraskan semula jam tangan. Tak pun pakai jam di kedua-dua belah tangan. Kanan waktu Malaysia, kiri waktu Singapura.  Macam lagi pelik and menyusahkan pulak kan?

Haaaa amacam korang? Inilah peristiwa Tun M mencuri masa kita semua. So kalau korang rasa pukul 6 pagi tu dah awal, ye memang awal pun! Sebab  kita sebenarnya baru pukul 5 pagi! Alahai terhibur lahhh. Apa-apa pun, who cares kan? Kita dah pun terbiasa dengan waktu sekarang nie.