Top 7 Barbershop Hipster

Top 7 Barbershop Hipster

Dulu dulu lelaki kalau nak gunting rambut mesti ke saloon nyonya atau ke kedai gunting rambut india supaya  nampak kemas . Tapi cukup ke sekadar kemas je mesti bosan kan?

Sekarang ni memang dah viral saloon khas untuk si jejaka yang berkonsepkan ala ala barbershop. Tapi bukan biasa-biasa barbershop uols! kali ni lebih advance daripada hair stylist  saloon biasa korang pergi tu.
Kenal Syafiq Kyle ? Rambut dia style kan? korang mesti teringin nak boyfriend korang rambut macam tu jugak kan? So dekat sini Mkr share dengan korang barbershop yang hipster dan pasti buatkan boyfriend korang persis Syafik Kyle! Jom!

(1) Wak Doyok Barber Shop

Siapa yang tak kenal dengan Malaysia’s most well-dressed wak doyok??? lelaki bermisai lentik dan berjanggut tebal ini sangat mementingkan kekemasan diri. Tahu tak korang yang wak doyok ni ada kedai gunting rambut hipsternya sendiri? Dia merupakan pengasas kepada Wak doyok barbershop. Kalau korang nak potongan rambut serupa Wak doyok, atau korang memang die hard fan Wak doyok , bawa lah boyfriend atau family lelaki korang datang sini!

Alamat: Wak Doyok Barbershop, No 7, Jalan SS 15/4, 47500 Subang Jaya

Instagram

(2) Ramlee’s Sport Barbersclub

Ini dia barbershop lain daripada yang lain sebab bertemakan sport. Reka bentuknya yang menyerupai padang bola sepak itu menarik lagi perhatian pelanggan untuk mencuba. Kalau korang nak try suasana yang lain,pergi sini okay?

Cawangan Shah Alam : Ramlee’s Sport Barbersclub,|No. 18, Jalan Boling Padang F/13F, Seksyen 13, Shah Alam

instagram

(3) Slick Barbershop

Orang Shah Alam rugi lah kalau korang tak try barbershop yang dekat dengan kawasan korang. Antara barbershop yang mempunyai 9k followers di instagram dan antara kedai yang artis ramai datang tau! Slick barbershop dah bertahan hampir 4 tahun.

Alamat: no 9, Jalan Balapan 13/32 Seksyen 13, 40100 Shah Alam.

Instagram

(4) Joe’s Barber Shop

Joe’s Barbershop dengan jumlah followers mereka 82k ini memang bukan calang-calang barbershop sebab  mereka dah menjadi pilihan kebanyakkan public figure ! Diasaskan oleh artis hip hop Malaysia dan celebrity barber Damis sejak 2013 lagi. Antara barbershop yang menerima dua pelanggan lelaki dan perempuan ini telah  ada banyak cawangan tau so senang lah korang nak mencari!

Instagram


(5) Othrs Barber

Dulunya dikenali sebagai Amplitude Barbershop ini berkonsepkan tempat untuk pemuzik berkumpul dan bermain muzik  selain mendapatkan potongan rambut pada masa yang sama. Apa yang menariknya pengasasnya atau ketua barber mereka Lex Low sudah berada dalam hairdressing industry hampir 15 tahun tau! dan mendapat idea untuk berkolaborasi dengan Jonathan Lim pengasas Amplitude Music untuk membuka barbershop. ini. So kalau korang yang berjiwa muzik boleh try barbershop ni okay?

Alamat : 31, Jalan USJ 9/5p, Subang Jaya, Selangor, Malaysia.

Instagram

(6) Barbero Barbershop

Kalau korang tinggal area Setiawangsa, korang kena try barbershop ni . Mereka dah tetapkan siap-siap masa yang mereka perlukan untuk memotong rambut korang iaitu selama 45 minit dan hanya rm20 je weh!. Nak hasil yang terbaik mesti lah kena sabar kan? Kalau korang nak chill tak rushing dan nak jimat ,korang kena try Barbero Barbershop!

Alamat: Barbero Barbershop

D-0-12, Setiawangsa Business Suite,

Jalan Setiawangsa 11,

Taman Setiawangsa, Kuala Lumpur

Instagram

(7) Edd The Barber

Dari jauh korang dah boleh nampak keberadaan kedai ni, sebab apa? sebab kedai ni sangat unik dengan pintu kedai mereka yang klasik berwarna merah ala-ala dekat negara mat salleh! Dia punya decoration memang terbaik siap ada pondok telefon macam kat London lagi tau. So korang boleh lah jadikan photo booth lepas potong rambut tu kan! Kedai barbershop ni terletak dekat Ampang je  bukan dekat overseas ye! Antara public figure yang selalu datang sini ialah Asyraf Khalid dan Que Haidar, so korang bila lagi? mana tahu lepas try kat sini dapat awek cun macam Tya Arifin ! hehe

Alamat:  B-01-G, Ground Floor Block B, Dataran Palma, Jalan Selaman 1, Off Jalan Ampang, 68000 Ampang.

Instagram

Haa dah dapat ilham nak pergi barbershop yang mana satu? Jangan lupa terjah tau barbershop hipster yang Mkr dah share ni! Confirm handsome dan smart lah korang nanti!

#Barbershophipster #rambutkenaadagaya #orangmuda #hipster