Types of Skirtttttt!

#Pleated Skirt 

Sangat terkenal masa zaman popularity Marilyn Monroe. Kalau nak digambarkan, skirt nie  berlipat-lipat (lipatan yang cantiklah). Ringan dan biasannya kainnya agak jarang and nipis. Kalau dulu skirt nie lebih dikenali pada zaman 70 an 80 an, sekarang skirt nie mengembalikan semula nostalgia, kira macam come backlah denga kombinasi warna yang lebih terang and cantik. Skirt nie sangat sesuai untuk gadis yang peha besar sebab potongan kainnya akan sorokkan kelemahan korang tu, sorokkan peha korang yang besar tu.

#Mullet Skirt 

Macam skirt yang telah di ubah suai potongannya- iaitu pendek di hadapan dan labuh di bahagian belakang. Selalunya skirt nie hanya menggunakan kain chiffon ataupun kain licin  bagi menampakkan lebih dramatic dan bertingkat and nampak flowfy gituwww. Sangat sesuai untuk golongan gadis yang mempunyai potongan kaki yang mengiurkan, yang seksi dan jugak mempunyai peha yang kecik.

#Skater Skirt

Biasanya dipotong pendek dan kembang- paras atas lutut dan kembang. Kalau korang nak tahu, asalnya skirt nie hanya dipakai oleh golongan atlet wanita sebab cutting skirt yang pendek and kembang di bawah bagi memudahkan pergerakkan atlet tu lah. Menarik kan? Kalau korang pakai mesti nampak hipster, matching kan pulak dengan sneakers and jaket denim memang umphhhh lah uolls.

Sangat sesuai dipakai oleh gadis yang berbadan sederhana- kalau kurus sangat akan nampaklah bentuk kaki yang macam ranting tu. Nanti nampak lagi pelik, so tak berapa nak sesuai. Kalau berbadan gempal pun agak tak sesuai pakai skater skirt nie sebab nanty akan lagi nampak korang bertambah gempal and pendek.

#Bandage Skirt

Kalau korang nak tahu bandage skirt telah dipopularkan oleh pereka fesyen bertaraf dunia iaitu Herve Leger. Dipakai ketat di bahagian peha dan ilusi yang ditimbulkan tulah nampak macam korang pakai bandage. Selalunya material yang digunakan adalah daripada jenis elastic dan memeri.

So, buat sesiapa yang mempunyai kulit yang kendur, jangan risau. Skirt nie adalah penolong korang, dapat membantu korang untuk kelihatan lebih muda and bergaya dan sangat sesuai dipakai untuk korang yang rasa nak nampak lebih ramping and kurus. Tapiiii, kalau korang mempunyai bentuk badan yang besar- better jangan pakai. Sebab takut korang tak selesa and susah nak bernafas.

Pemilihan skirt sangat penting untuk tak nampak gaya korang tu pelik and merepek. Kalau korang pendek janganlah beli skirt yang akan buat korang nampak lagi pendek. Yang pentingnya korang kena tahu trick pemilihan skirt tu sendiri, sesuai ke tidak dengan korang. Jangan main beli je main pakai je!

 

PAGES

1 2