Top 10 Smartphone Terlatest 2019!

Masih di awal tahun kita di tahun 2019, tentunya pada awal-awal tahun ini banyak je syarikat-syarikat digital smartphone yang berlumba-lumba untuk me-release ataupun mengeluarkan dan memperkenalkan reka bentuk smartphone terbaru. Korang pun mesti ada niat  nak tukar phone lama korang tu kepada yang baru kannn? Entri kali ni khas buat korang yang tengah tercarik-carik, tengah terfikir-fikir nak beli model smartphone terbaru apa, MKR bagi idea kat korang.

#1. Honor View 20 

Buat masa nie takda lagi harga yang ditetapkan tetapi ura-ura adalah mengatakan akan ada 2 pilihan spec iaitu satunya ialah dengan tawaran storage 6GB RAM + 123GB. Dan pilihan kedua ialah 8GB + 256GB storage uolls! Nie nak letak video and gambar selfie korang berjuta-juta pun takpa, takda masalah! Honor View 20 mempunyai 6.4 Full HD screen.

Kamera selfie ialah 25MP dan 48MP untuk kamera belakang dan disertakan pulak dengan kamera ToF iaitu Time of Flight untuk effect 3D. Dari segi peranti utamanya pulak- dilengkapi dengan bateri 4,000mAh dan didatangi dengan 3 pilihan warna-  grey, red and blue.

#2. Google Pixel 3 Lite 

Kalau sebelum nie Google Pixel 3 dan Google Pixel 3XL dinobatkan sebagai smartphone Android yang terbaik, tahun nie mungkin Google Pixel 3 Lite pulak kotttt. Sebabnya, Google Pixel 3 Lite mempunyai 32 GB dan 4 GB RAM, not bad lah kan uolls? Bukan tu je, Google Pixel 3 Lite mempunyai touch screen dengan ukuran screen 5.56 inci.

Dari segi kamera pulak, mempunyai kamera belakang 12.2MP dan kamera hadapannya 8MP. Untuk storage pulak katanya, 64GB storageeee- wow ke tak wow? Tak lupa jugak, ada macam-macam colours yang di offer- pink, hitam dan putih.

#3. Lenovo Z5 Pro

Lenovo Z5 Pro, merupakan telefon pintar pertama dengan chip-set Snapdragon 855 baru dan mempunyai 12 GB RAM yang besar. Peranti nie jugak memberi tumpuan kepada reka bentuk serat karbon. Spesifikasi lain Lenovo Z5 Pro mempunyai paparan screen 6.4 “Super AMOLED dengan 1080 x 2340-pixel dengan pengimbas cap jari di bawah skrin.

Kamera hadapan untuk phone nie ialah 16 MP dan 24 MP di belakang. Buat korang yang suka dengan warna hitam, bagus sangatlah tu- Lenovo Z5 Pro memang ada warna hitam je.

#4. Sony Experia XZ4.

Sony Xperia XZ4 menggunakan model kamera 20.7 megapixel dengan screen paparan 5.2 inci dengan resolusi Full HD 1080 pixels. Untuk kamera pulak, kamera hadapan 5.1 megapixel. Bukan tu je uolls, ia juga dilengkapi dengan rakaman video 4K (3840 x 2160 pixel) dan kawalan penuh ISO.

Sony mengurangkan kapasiti bateri kepada 2930 mAh dari modelnya terdahulu iaitu, Sony Xperia Z3 dan dilengkapi dengan empat pilihan warna hitam, putih, silver dan hijau terang di mana ia mempunyai kapasiti memori 32 GB.

#5. Samsung Galaxy F

Samsung Galaxy F mempunyai paparan screen 5.1 inci dengan resolusi skrin 1440 x 2560 pixel. Mempunyai 3GB RAM dan kamera depan belakangnya 16 MP. Sensor lain termasuk sensor cahaya, sensor jarak zoom in zoom out and of course lah ada sensor cap jari. Dengan storage 16 GB dan jugak 32 GB dan warna yang ditawarkan pulak, putih dan silver.

Ada yang lagi boek uolls, F tu sebenarnya stand for FOLD- dimana korang boleh lipat ikut citarasa korang! Kalau koranga da citarasa yang unik and peminat Samsung bolehlah kot beli yang nie.

Hebattttt! Nak lagi hebat? Click nextpage!

PAGES

1 2