Teringin sangat nak pakai skirt tapi takda keyakinan? Selalu tengok perempuan pakai skirt nampak cantik je kan? Tapi bila sendiri pakai nampak buruk pulak, ketahuilah korang, bukan sebab korang tak cantik ke apa tapi mungkin sebab tak sesuai dengan tinggi korang tu ke ataupun dengan bentuk badan korang sendiri. Hakak-hakak sekalian jangan main redah je beli okay! MKR kongsikan dengan korang jenis-jenis skirt beserta tips pemakaian skirt ikut bentuk tubuh korang tu.
#Circle Skirt
Korang pernah tengok filem-filem lama zaman 1950 an? Skirt-skirt kembang bulat itulah dia circle skirt tapi bukan hanya dulu je skirt tu famous, sekarang pun masih popular and masih menjadi pujaan ramai nak pakai skirt kembang nie. Artis-artis popular macam Che Ta, Ayda Jebat pun selalu jugaklah kan menggayakan skirt kembang nie kan? Korang perasan tak? Kebiasaanya material skirt kembang nie dibuat daripada kain cotton, silk- jenis-jenis kain yang mudahlah untuk membentuk kembang tu.
#Mermaid Skirt
Potongan skirt nie ketat di bahagian punggung dan besar di bahagian bawah. So kalau baju yang korang nak gayakan dengan mermaid skirt nie singkat so punggung korang tu nampak besarlah. Kalau tak nak seksi sangat pakailah dengan baju labuh sikit, sebab konsepnya memang ketat di atas and flowy di bawah.
#Pencil Skirt
Bahagian atas sampailah bawah adalah sama besar, takda atas kecik bawah besar takda- sama besar je. Pencil skirt nie memang akan nampak korang lagi seksi lah, menyerlah and nampak dewasa, mature. Kalau dululah, pencil skirt nie sesuai untuk dipakai pergi office je, acara-acara formal, rasmi. Tapi sekarang tidak lagi, orang nak hangout ke, nak pergi office ke- bila-bila je kemana-mana sahaja boleh je nak menggayakan pencil skirt nie.
Korang akan nampak lebih elegant! Dan disebabkan skirt pencil mempunyai potongan yang runcing dan tirus secara tidak langsung dapat memberi ilusi ramping, slim kepada si pemakai. Memang tak dapat dinafikanlah pencil skirt sangat digilai oleh para gadis sekarang. Tapi satu tak bestnya skirt nie, kadang-kadang boleh bataskan pergerakan korang tu bila berjalan. Tapi takpalah, asalkan cantik kannn?
#Asymmetrical Skirt
Asymmetrical maksudnya tak sama. So nak senang, korang bayangkan hujung skirt nie mempunyai potongan yang tidak selari ataupun tak sama panjang lah. Kalau korang nak tahu skirt nie menjadi gilaan gadis-gadis Jepun sebabnya nampak macam fesyen preppy look, nampak vintage lah, unik gituwww.
Sangat sesuai dipakai oleh gadis-gadis mempunyai kaki yang besar ataupun berisi lah. So bila korang pakai skirt yang tak sama panjang nampak macam lagi comel, lepastu korang padankan pulak dengan kasut boot paras buku lali ke kan? Perghhhh merecikkkk!
#Tiered Skirt
Tiered skirt ataupun skirt bertingkat. Skirt nie akan nampak kembang sikit sebab ianya berlayer-layer dan agak cantiklah sebab banyak corak and warna yang menarik, designnya pun menarik kan? Tapi, walaupun cantik tapi tak ramai yang nak pakai skirt bertingkat nie sebab kadang-kadang dianggap over yelah berjurai-jurai, bertingkat-tingkat kan?
Tapi kalau korang sukakan kelainan boleh je and diingatkan skirt nie memang dah nampak over so top ataupun blouse korang tu kenalah plain and simple. Sekiranya korang jenis yang badan besar/berisi elakkan daraipada pakai skirt bertingkat nie sebab lapisan skirt tu ataupun layer skirt tu akan memberi kesan yang tidak cantik and akan nampakkan korang lagi gempal.
Nak skirt yang lagi wow? Click nextpage!