Hilang Uber, MyCar berganti. Anda wajib guna.

by: Suha Rasheed

Picture


​Buat pengetahuan korang, MyCar adalah aplikasi E-Hailing terbaru di Malaysia yang sudah beroperasi sejak 1 Februari 2018. MyCar adalah milik penuh Platform Apps Sdn Bhd. MyCar dibangunkan melalui teknologi platform terkini dengan kerjasama syarikat teknologi maklumat dari Amerika Syarikat.
Kategori Kenderaan MyCar
1. MyCar Economy
– Kereta sedan dan kompak seperti Perodua Bezza dan MyVi.
2. MyCar Premium
– Kereta kelas C dan keatas bermula dari cc1800 dan keatas seperti  Toyota Altis, Honda Civic, Nissan Sylphy, Toyota Camry, Honda Accord dan lain-lain.
3. MyCar MPV Compact
– Kereta MPV kompak seperti Perodua Alza, Proton Ertiga, Proton Exora, Toyota Avanza, Toyota Wish, Honda BRV, Nissan Livina dan sebagainya.
4. MyCar MPV Premium
– Kereta MPV seperti Toyota Vellfire, Toyota Estima, Toyota Innova, Nissan Serena, Honda Odyssey, Kia Carnival, Mazdaa Biante dan sejenisnya.
5. MyCar Cab
– Teksi Sah Yang Berdaftar.
Kelebihan Aplikasi MyCar
1. Permulaan MyCar
MyCar diasaskan oleh syarikat Platform Apps Sdn. Bhd dan aplikasinya mula dibina pada September 2017.
MyCar mula beroperasi secara rasmi dan dibuka perkhidmatannya kepada orang awam pada 1 Februari 2018.
2. Tambang
Setiap kadar tambang adalah tetap tiada surcaj kesesakan trafik dan waktu puncak.
Tambang minimum bagi penduduk di Lembah Klang adalah RM5 sementara di negeri lain pula RM4 bagi lima kilometer pertama.
Dan ape yg menariknya, penumpang hanya perlu membayar tambang tertera pada aplikasi yang diberitahu sebelum menaiki kenderaan.
3. Tambang tetap ke lapangan terbang
Tambang dari Kuala Lumpur ke Lapangan Terbang Antarabangsa (KLIA) dan KLIA2 hanya RM59 je korang.
Namun kini promosi yang ditawarkan sehingga pada tarikh diberitahu nanti adalah RM55.
Sementara bagi pemandu pula, perkongsian sebanyak 88 peratus bagi mereka yang menghantar atau mengambil penumpang di KLIA atau KLIA2.
4. Jenis kenderaan
Terdapat beberapa jenis saiz kenderaan ditawarkan dalam perkhidmatan MyCar seperti sedan, kenderaan pelbagai guna (MPV), MPV kompak dan kenderaan premium.
 5. Sistem pengesanan
Bagi tujuan keselamatan pemandu dan penumpang, MyCar mempunyai sistem pengesanan tersendiri untuk memudahkan kenderaan dipantau dan ia boleh dilihat menerusi aplikasi MyCar.
6. Perkhidmatan 24 jam
MyCar menawarkan perkhidmatan 24 jam dimana-mana sahaja terdapat pemandu yang bersedia untuk mengambil penumpang pada bila-bila masa.
7. Keselamatan terjamin
Selain mempunyai sistem sokongan melalui aplikasi, pihak MyCar juga membuat proses saringan pada setiap pemandunya sebelum dibenarkan beroperasi. Pengurusan MyCar akan meneliti latar belakang bakal pemandu menerusi beberapa jabatan dari agensi kerajaan seperti Polis Di Raja Malaysia (PDRM), Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD). Setiap kenderaan yang didaftarkan dengan MyCar mesti mematuhi syarat yang ditetapkan oleh JPJ dan SPAD seperti pemeriksaan keselamatan kenderaan dan teknikal lain. Kenderaan yang hendak didaftarkan mesti berusia kurang daripada tujuh tahun. Sementara kenderaan yang berusia tiga tahun ke atas mestilah melalui pemeriksaan Puspakom.
8. Peluang menjadi pemandu
MyCar menggalakkan orang ramai mendaftar menjadi pemandu. MyCar menggunakan konsep ‘komuniti bersama pemandu’ untuk menjaga kebajikan mereka. Pemohon yang berminat untuk menjadi pemandu boleh hubungi 03-33587846 untuk mengetahui ejen dilantik MyCar di lokasi masing-masing dan sertakan sekali salinan kad pengenalan, lesen memandu, geran kenderaan dan lokasi. MyCar bersedia menerima permohonan antara 800 hingga 1,000 sehari.
9. MyCar Ladies
MyCar menawarkan perkhidmatan khas yang dipanggil MyCar Ladies untuk pengguna dalam kalangan wanita demi keselesaan dan keselamatan mereka. Hanya pemandu wanita sahaja yang memandu kenderaan MyCar Ladies. Kini terdapat 10 peratus pemandu MyCar terdiri daripada wanita. MyCar tidak lama lagi akan mewujudkan butang kecemasan (S.O.S) dalam aplikasinya untuk melaporkan kejadian kecemasan.
10. Jumlah pemandu
Sehingga kini MyCar mempunyai lebih 10,000 pemandu dan terdapat ribuan pemandu yang pernah berdaftar dengan syarikat lain memohon untuk menggunakan platform MyCar.
So, korang dah boleh buat perbandingan harga untuk dapatkan harga yang lebih murah. Jadilah pengguna bijak.