Wanita perlu tahu! Tips tangani stress di tempat kerja

by; Ayumohdkhamin
Stress di pejabat terbawa-bawa sampai ke rumah ? Bila ‘mood’ tak helok mulalah semua orang jadi mangsa amarah nya . Entry kali ini MKR nak shared pada korang tips atasi stress. Sungguh mudah korang boleh lakukan di rumah .
1. Peruntukan waktu dengan keluarga atau kawan
Apa kata korang luangkan masa dengan melakukan aktiviti yang lain di luar. Biasanya bila hujung minggu sibuk dengan tonton wayang, shopping kan, so apa kata kali ini cuba aktiviti outdoor seperti daki gunung ke climbing wall ke atau apa-apa yang boleh recharge energy  Korang. Bila dah berpeluh, badan pon sihat, emosi pon akan stabil
2. Manjakan dirimu
Sekali sekala korang berhak dapatkan layanan yang istimewa setelah penat bekerja di pejabat. Korang boleh pergi ke spa dan dapatkan rawatan seperti manicure, panicure, urutan dan sebagainya
3. Bersenam untuk keluar peluh.
Kalau korang jenis yang tak minat bersukan, berzumba satu senaman boleh mengeluarkan peluh. Korang boleh je cari kat utube dan lakukan senaman ini di dalam bilik sorang-sorang nak lagi seronok ajak laa kawan-kawan sekali. Juga dapat membuatkan tubuhmu sihat dan segar
4. Movie Time!
Pastinya korang menantikan hujung minggu untuk menonton wayang dengan kawan atau kesayangan. Kalau malas sangat tonton je DVD di rumah . Pelbagai filem baru dan kamu pasti terleka sehingga lupa segala tekanan
5.  Aktiviti memasak
Sekarang ni nak belajar masak tak payah susah-susah pergi kelas. Korang ada internet dah boleh jalan. cari je dekat facebook youtube melambak orang shared resepi. Lakukan aktiviti ini bersama anak-anak atau kenalan . Memasak adalah ekspresi diri. Inila masanya korang nak asah bakat.
Sebenarnya terdapat banyak lagi cara yang korang boleh cuba, yang pasti korang kena bijak uruskan emosi . Jangan sampai orang lain terasa hati dengan tindakan anda tanpa sengaja. Jika korang ada tips-tips lain boleh cadangkan di ruangan komen di bawah .