Fenomena PMS (Parking Macam Sial)

Fenomena PMS (Parking Macam Sial)

Kepada korang yg ada kereta ke motor ke atau apa-apa jenis kenderaan tu, jangan la buat tempat parking tu macam mak atuk  korang yang punya. Kat sini MKR nak tunjuk sikit contoh parking macam sial.
1. Double park

Picture

Kalau korang suka sangat buat double park tu, apa kata korang letak nombor telefon untuk dihubungi. Yelah, kalau tak letak nanti, menyusahkan orang lain. Kena hon je kang. Pencemaran bunyi.
2. Park tak ikut petak yang telah disediakan

Picture

Tak tau la apa masalah diorang yang suka park mcm ni. Space dah disediakan tapi still nak park luar kotaki. Kalau lah orang yang suka parking macam ni jumpa manusia satu spesis dia, bergoncang dunia uolls.
3. Parking free

Picture

Siapa yang tak suka benda free? Sama lah jugak macam parking. Ada parking free, mesti nak park. Walaupun tak muat. Sangat “jual ikan”
4. Park di tempat OKU

Picture

Dah malas sangat nak cari parking, sampai parking OKU pun dia nak park. Mungkin yag park kereta di parking OKU ni memang OKU?
​5. Buat parking sendiri

Picture

Terlampau kreatif nak buat parking sendiri sampai macam ni jadinya *hentak kepala dekat dinding”

Everything happen for a reason kan? Jadi MKR rasa, dorang parking macam sial (PMS)  sebab :

1. Nak cepat
Takut tempat yang dorang nak pergi tu lari kot? Tu yang nak cepat je.

2. Tak de skill nak parking
Bawak laju, okay. Potong lane kereta, okay. Parking? Fail teruk lah. Tu yang PMS.

3. Malas
Malas nak fikir, malas nak pusing cari parking lama lama. Asal ada tempat osong, park je lah. *tarik picu, tembak*

4. Nak parking free
Jimat punya pasal, sebab kan tempat tu tak kena bayaran, jadi asal boleh parking, park je lah. Hadoii.

Jadi, korang macam individu PMS di atas ke? Klaualah korang jumpa manusia satu spesis PMS dengan korang, apa korang rasa? Terbelah bumi ni kan? So, rasa-rasa lah hormat sikit.

Kalau ada apa apa topik yang nak dicadangkan, boleh emel di [email protected]

COMMENTS