Gadis Choker Si Penghias Fesyen Dunia

By : Colin
Fashion 90-an kini kembali!  Macam buat comeback okay? Kalau perasan, ramai wanita yang makin gemar memakai choker sama ada freehair mahupun hijabster. MKR akan senaraikan jenis choker yang patut korang tahu supaya korang tak dilabel sebagai outdated (*winkwink*)
1. Leather dan Metal 
Chocker jenis ni biasanya dibaluti dengan metal chain untuk nampak gaya bohemian style   (satu style chic yg popular pada tahun 1960-an). So, untuk korang yang memang suka kan style simpile and classic chic, boleh try padankan outfit korang dengan choker jenis ni.
2. ​Double minimalism
Nama pun “double” kan? So, choker jenis ni ibarat ada dua level. Satu yang melekat di leher dan satu lagi sedikit labuh ke bawah. (*Sikit je*) Dan kebanyakkannya, yg labuh sedikit tu ada loket kecil. Sebab tu, dia nampak wow dan seksis. (*reciks bahang*)
3. ​Flirtatious bow
Ribbon atau bow tie yang menjadi center kepada choker jenis ini sesuai digayakan dengan outfit yang seksi. Contohnya digayakan dengan baju “off shoulder” atau style baju “V neck“. Choker jenis ni akan lengkapkan outfit korang yang seksi cun wow tu.
4. A stylish chain
Choker yang talinya bercorak nampak sangat macam mak datin tau! Kenapa? Sebab, choker ni dibuat dari material besi atau pun emas. Korang akan lebih kelihatan mewah bila mengenakannya. So, kalau nak nampak macam anak orang berada, boleh lah kenakan choker ni
 5. ​Classic Choker
Choker classic ni sangat femes dikalangan wanita-wanita zaman dahulu. Cuma, sekarang, dia tambah dengan loket supaya tak kelihatan kosong dan tetap nampak elegan giteww.

Banyak kan jenis choker yang menarik dan boleh dipadankan dengan mana-mana outfit dan boleh buat korang nampak seksi, menarik, da bomb!

Tapi, mungkin ada setengah choker yang mahal di kedai dan korang jenis yang sangat jimat. Jangan pening kepala. Korang boleh buat sendiri choker ni menggunakan bahan bahan recycle je. Macam mana? Nah. MKR bagi video yang boleh jadi guideline.

Cenggana? Senang kan? Boleh menjimatkan duit dan pada masa yang sama, boleh buat duit.  2 in 1 kan? Korang nak try? Apa kata korang try buat lepastu, post dekat tweet dan mention @mykampusradio.  Nanti Iolls akan post gambar korang balik okay?

COMMENTS