TOP 5 TEMPAT HIKING YANG PERFECT VIEW

  1. Bukit batu putih

Hiking santai-santai dan apabila sampai di puncak, dapat melihat view laut biru yang amat cantik . Puncak bukit ini amat sesuai untuk permandangan sunrise dan sunset. Kalau takleh bangun awal pagi, layan sunset je lah jawapannya. Lokasi di Port Dickson, Negeri Sembilan. 1 jam 30 minit memandu dari KLCC .

2. Gunung Raya (Kedah)

Terletak di Langkawi, di penuhi pelbagai jenis flora dan faun korang akan berpeluang untuk nampak burung kenyalang, monyet macaque dan burung helang yang terkenal di Langkawi. Bila dah sampai di puncak ada watch tower yang membolehkan anda menikmati pemandangan panorama 360 darjah di Langkawi, Laut Andaman dan juga tanah besar Thailand.

3. Panorama Hill (Pahang)

Bukit yang terletak di Sungai Lembing, Pahang merupakan laluan mendaki yang mudah melibatkan tangga cerun yang dijaga elok oleh penduduk berdekatan. Siap ada tempat pegang di tengah untuk bantu korang naik. Lokasi ini juga menawarkan pemandangan matahari terbit. Pastikan anda daki awal-awal; jangan terlepas pula!

4. Bukit broga

Kalau sebut je pasal nak start hiking, mesti ramai orang akan recommend Bukit Broga. Terletak di Semenyih, trek bukit ini sangat sesuai untuk siapa yang baru nak start hiking. Tak terlampau susah, tak terlampau senang. Bak kata omputih, just nice gitu. View kat puncak pun memang terbaik siapa yang suka gambar nice boleh lah datang .deh!

5. Canopy Walk

Nampak senang kan? Tapi jangan pandang mudah eh , Tarikan utama adalah jambatan gantung setinggi 30 meter dari aras tanah.Canopy Walk, anda boleh melihat bangunan yang tinggi di pusat bandar KL. Terdapat juga kawasan lapang yang berdekatan dengan air terjun, sesuai untuk piknik. So dah jumpa pork boek tunggu apa lagi ?