Tempat Makan Unik + Photo-Worthy!

#6. The Museum Cafe & Shop, Kuching.

Sangat sesuai untuk korang yang nak minum petang and tengok-tengok budaya tempatan Sarawak. Berkonsepkan tradisional Sarawak, once korang masuk mesti korang akan leka dengan suasana dalam tempat ni atau leka nak beli barang 😀

Seperti nama cafe ni sendiri lah, korang boleh shopping sekali- sambil makan sambil shopping. Kalau tak nak beli korang boleh cuci mata! Tengok sendiri barang tradisional buatan tangan orang Sarawak seperti pasu, barang hiasan wanita dan banyak lagi! Dibuka setiap hari dari jam 9 pagi – 6 petang dan terletak di Jalan Main Bazaar Kuching Sarawak.

#7. Coliseum Cafe, Kuala Lumpur. 

Coliseum Cafe sudah wujud berabad lamanya. Peminat makanan western perlu datang ke sini okay! Menyediakan menu fusion Hainanese mix Western seperti Ox-Tail Soup, Hainanese Chicken Chop dan pelbagai variasi Sizzling Steak & Chops yang mantoppppp!

Apa yang menariknya cafe ni telah beroperasi sejak tahun 1921. Bercirikan kolonial Inggeris masih berdiri megah di Jalan Tuanku Abdul Rahman- kalau korang nak merasai sendiri masakan Hainan bergabung meletup dengan hidangan western korang kena try dekat sini.

Kalau korang kat KL lagi lah dekat nak ke jalan TAR tu, boleh naik LRT turun station Bandaraya and korang jalan lah sikit dalam 15 minit macam tu, nak turun LRT Masjid Jamek pun boleh jugak- sama je korang kena menapak sikit. Dibuka setiap hari, jam 10 pagi – 10 malam.

#8. Sinhalese Bar, Ipoh.

Kalau korang nak tahu bar ni dah berusia 84 tahun and masih lagi dibuka untuk korang chilling! Masih menggunakan pintu papan yang split dua tu.  Perghhh dah macam zaman koboi dah ni!

Suasana dalam dengan banyak meja marmar and kerusi plastik. Diuruskan oleh George Perera yang sekarang di usia 60an dan anaknya Alfred Perera. Bar ni sangat menggamit memori sebab pakcik-pakcik polis, peguam and pelombong pada era 1931, mereka masih lagi lepak minum kat sini. Legend terukkkkk! Dibuka setiap hari dari 12 pm – 0930 pm.

#9. Annalaskhami Vegetarian Restaurant, Brickfields Kuala Lumpur.

Terletak dalam kawasan Brickfields ataupun lebih dikenali dengan panggilan Little India. Restoran Annalakshmi unik sebabnya mereka takda menu and tukang masak sana tak ikut resipi dalam buku, dia ikut resepi dia sendiri atau ‘family recipe’ yang katanya dia belajar sejak zaman dulu. Sebab itu makanan kat sana selalu berubah dan korang boleh cuba makanan baru setiap kali pergi.

Ada yang lagi menarik uolls, mereka beroperasi sebagai ‘Social Enterprise’- 80% staff mereka ialah volunteers and mereka buat sistem “pay what you wish” and misi mereka adalah semua orang makan puas, walaupun mungkin ada orang tak mampu. So, miskin atau kaya pun boleh makan yang sedap-sedap! Respect!

Cer usha suasana dalam restoran ni, boleh digambarkan macam India klasik kan? Just perfect kalau korang nak rasai sendiri Indian culture. Kalau korang dekat Brickfields, wajib cuba makan kat sini okay! Dibuka setiap hari kecuali hari Isnin dari jam 1130 pagi sehinggalah 0930 malam.

#10. Merchant’s Lane Cafe, Petaling Street. 

Pelik, itulah konsep yang paling sesuai. Dari luar nampak macam rumah papan biasa yang buruk sekali masuk yayy ke nayy? Di dalam, masih mengekalkan pra warna cat yang dikekalkan oleh bangunan lama ini yang sangat menarik perhatian orang ramai.

Korang mesti akan terpegun ataupun akan termix perasaan korang tu kot- jangan terkejut kalau korang nampak ada akar kayu besar melingkar hidup subur dalam cafe ni! Dengan sedikit sentuhan moden yang kemudiannya mengubah tempat ini menjadi syurga selfie. Dibuka setiap hari kecuali hari Rabu seawal 1130 pagi –11 malam.

Amacam korang dah dapat idea nak makan kat tempat bertema, berkonsepkan apa? Melayu klasik ke, baba nyonya ke? Hainan mix western ke? American classic ke? Make sure lepas ni korang try chilling kat tempat yang WOW ni okay?!  Yang masuk je dalam tempat makan tu korang dah boleh feeling-feeling berada di dunia lain. Opsss jangan lupa SELFIE & POST!

PAGES

1 2