Tempat Makan Unik + Photo-Worthy!

Lambakan restoran yang dibuka sering membuatkan kita confuse, tak tahu nak makan mana kan? Tak mamak mesti tomyam. Dah bosan and mahukan tempat makan yang berbeza? MKR kongsikan 10 tempat makan yang mempunyai dekorasi unik malah sambil korang makan sambil korang boleh menggamit memori, sambil bergambar gituwww.

#1. MK Classico Cafe, Kuching. 

Sedikit berbeza dari cafe yang lain sebabnya kaunter service mereka terletak di tingkat bawah manakala kawasan tempat duduk pelanggan kebanyakannya berada di tingkat atas. Kiranya ada 2 tingkatlah and tangga nak naik ke atas diperbuat daripada papan, stylo ke tak uolls? Bertemakan western classic, kalau korang datang dan melihat sendiri saling tak tumpah macam tempat minum bawah tanah yang biasa kita tengok dalam movie-movie Amerika.

Dinding yang berbatu-bata, cahaya malap yang berwarna kuning dan lukisan dinding yang funky memang serasi sekali untuk tema cafe ni. Menu yang dihidangkan of courselah western uolls, jangan risau semua hidangan adalah dengan harga yang sangat berpatutan.

Lokasinyya tak jauh pun dari bandar Kuching sangatlah dekat, 3 minit naik kereta dari Waterfront Kuching and kalau korang nak menapak adalah dalam 10-15 minit jugak. Dibuka setiap hari dari pukul 5 petang sehinggalah 2 pagi! Bolehlah korang gossiping dengan partner korang sampai awal pagi kan sambil layan pizza RM19 and lagu omputih perghhhhh!

#2. Old China Cafe, Petaling Street. 

Korang mencari sesuatu yang berkonsepkan tradisional Cina? Old China Cafe adalah tempatnya! Kalau korang makan sini lepak sini pasti akan memberikan korang feeling ‘waaaaaaa’ dan akan terus capture moment baba nyonya dulu kala.

Seni bina premis ini sudah ada dari tahun 1920an lagi tau, pencahayaan yang redup, suasana yang oldskul pasti akan segera membawa korang ke dunia lama. Di mana muzik cina lama dimainkan dan gambar-gambar antik yang tergantung di dinding.

Menyajikan makanan peranakan baba nyonya yang menakjubkan. Kalau korang nak ke sini boleh je naik MRT turun Pasar Seni. Dibuka setiap hari pada jam 1130 pagi – 1030 malam.

#3. Ayob’s Cafe, Kota Damansara. 

Berkonsepkan melayu klasik tetapi menawarkan makanan campur barat and melayu- menarik bukan? Ala-ala kampung dalam bandar lah ni uolls. Once korang menapak je masuk dalam cafe ni korang akan nampak banyak koleksi yang antik, yang oldskul tau!

Tempat duduk pun antik! Korang boleh pilih nak duduk kat atas katil 4 penjuru ke ataupun korang nak makan atas pangkin pondok ke- terpulang, korang boleh pilih. Siapa yang takda kampung tu korang kena pergi kat Ayob’s Cafe okay! Terletak di Seksyen 7 Kota Damansara, dibuka setiap hari kecuali hari Ahad. Jam 11 pagi – 1 am.

#4. Tribute Retro Cafe, Georgetown. 

Cafe yang ni mempunyai ceritera yang tersendiri, diilhamkan oleh masakan ibu-ibu. Kiranya macam konsep makan masakan mak yang tiada tandingan dan korang akan merasai sendiri bagaimana makanan dapat membangkitkan kenangan. Sekali suap dah terimbau mak terimbau abah.

Bertemakan nyonya klasik, korang akan makan dalam mangkuk tingkat, jug dan teko air panas- sangatlah klasik. Dihidangkan dalam mangkuk-mangkuk lama dengan kesamaran lampu, lampu minyak tanah pun ada uolls sangat mengamit kenangan. Dibuka setiap hari kecuali hari Isnin, jam 11 pagi-6 petang dan terletak di Georgetown Penang. Cafe ini khas di-tribute kan oleh ibu-ibu kita semua.

#5. Cafe 1511, Melaka

Kalau korang pergi Melaka jangan lepaskan peluang try lepak dekat Cafe 1511. Dari nama cafe ni sendiri korang dah boleh agak, dah boleh tahu lokasinya yang merupakan satu tempat peninggalan sejarah, tempat di mana Portugis menjajah. Terletak di dalam Muzium Warisan Baba-Nyonya.

Cafe 1511 mengekalkan banyak unsur peranakan seperti siling-siling tinggi, pintu masuk melengkung yang berunsurkan papan dan lantai berjubin yang antik yang berwarna warni serta barang-barang hiasan Asia Tenggara. Kalau korang sukakan barangan sejarah korang kena datang dan tengok sendiri, Cafe 1511 menyajikan masakan nyonya dan barat dan dibuka pada 10 pagi-6 petang.

Eh nak pergi mana? Ada lagi tempat best! Click nextpage! 

PAGES

1 2