Tegur Kencing Merata Pun Kena Tembak!

Yup, itulah yang dilakukan oleh P. Kalimuthu atau lebih dikenali dengan nama penjenayahnya, Bentong Kali yang menembak mati seorang penjual roti canai secara dekat. Dah macam dalam filem The Godfather pulak.

Selain tu jugak, si Bentong Kali ni pernah buat majlis sambutan hari jadi bertukar majlis berkabung apabila 3 orang mati ditembak secara rambang bersama kawan dia sebagai uninvited guest. Seriously ?

Tak cukup pulak dengan tu, tukang buat teh tarik pun mati ditembak si Bentong Kali ni selain cuba membunuh 2 orang anggota polis dengan melanggar mereka menggunakan kereta. Dah macam dalam game GTA pun ada.

Akhirnya, dengan memegang rekod sebanyak 16 pembunuhan dan style menembak mangsa secara dekat ni. Bentong Kali pulak mati ditembak dalam Operasi Buncit pada 22 Jun 1993.

Haaa… Kalau you guys nak tahu lagi siapa sebenarnya si Bentong Kali ni, bolehlah pergi beli dan baca buku mengenai kisah hidup dia ni.