Teater Tradisional Malaysia

Selalu kita tengok teater moden je kan? Jom kita kenal dengan teater tradisional pula,

  1. Wayang kulit 

Kalau korang nak tahu, Wayang kulit ni berasal dari tanah jawa, Indonesia Dia ada empat jenis persembahan wayang kulit iaitu Wayang kulit Melayu , Wayang Kulit Gedek, Wayang Kulit Purwa dan Wayang Kulit Kelantan.. Aswara selalu adakan persembahan wayang kulit ni, menarik sangat! Kalau nak tengok layari ni! 

https://www.youtube.com/watch?v=novfBt2nZvQ&t=1994s

  1. Bangsawan 

Teater bangsawan ni  berasal di Penang, Malaysia sekitar tahun 1870-an. Teater ini gabung dengan muzik, menari, dan berlakon. Pementasan biasanya mengangkat kisah-kisah pasal istana. Setiap adegan akan ada lagu-lagu dan tarian yang mengisahkan cerita teater. 

https://www.youtube.com/watch?v=_coYrObgoIc

  1. Makyong

Mak Yong adalah bentuk tarian-drama tradisional dari utara Malaysia, khususnya negeri Kelantan. Persembahan dimulakan dengan menghormati arwah (semah kumpung) dengan persembahan. Ini diikuti dengan dialog menari, lakonan, dan improvisasi.Kalau dulukan cerita ni akan persembahkan  selama tiga jam selama beberapa malam. Sangat menarik!!!! 

  1. Mek mulung 

Mek Mulung ialah salah satu daripada teater tradisional masyarakat Melayu yang sangat popular di negeri Kedah Darul Aman, Malaysia. Mek Mulung merupakan satu adunan kesenian yang menggabungkan unsur-unsur lakonan, nyanyian, tarian dan muzik dalam suatu persembahan..

  1. Randai 

Randai adalah tradisi teater rakyat dari etnik Minangkabau di Sumatera Barat, Indonesia, yang menggabungkan muzik, nyanyian, tarian, drama dan seni silat silat. Cerita disampaikan oleh lakonan dan nyanyian dan kebanyakannya berdasarkan legenda dan cerita rakyat Minangkabau.

COMMENTS