Tahun 1972: Cheras ada ‘Pesta Ganja’ ?

Acara Woodstock di Kem Semangat, Cheras pada tahun 1972

Awal sewaktu zaman 70-an dulu, Persatuan Pengakap Malaysia telah menganjurkan acara ‘Woodstock’ di Kem Semangat, Cheras. Acara yang sinonim dengan budaya hippies dan muzik Jimmy Hendrix ni sering dikaitkan dengan ganja. Yup, itulah permulaan acara Woodstock ini di Malaysia yang mula merebak sekitar Julai 1972 hasil bawaan Amerika pada 1969.

The Strollers, pemuzik psychedelic awal Malaysia

Ketika zaman kegemilangan Flower Power, acara Woodstock ni telah dihadiri seramai 700 anak muda sambil dihiburkan dengan kugiran gitar rancak seperti Sons of Adam dan The Strollers. Hampir seluruh pelusuk Malaysia yang datang ke acara ini, termasuk dari Singapura dan Indonesia.

Masa tu objektif utama acara ni untuk menolak Perjanjian Tun Abdul Razak dengan Nixon, presiden US masa tu untuk menjadikan wilayah asia ni kawasan neutral masa krisis Perang Vietnam.

Sekadar hiasan semata-mata

Ditambah pula media mainstream masa tu melaporkan yang acara ni menggalakan kepada gejala sosial kononnya ada yang ambil ganja dan muzik rock kerana masa tu kerajaan anggap muzik rock ni sebagai ancaman kepada kehidupan rakyat Malaysia. Sedih, bukan ?

Have Heart (2019)

Last but not least, acara apa pun korang pergi jangan sesekali cuba ambil dadah dan datanglah untuk menghayati muzik demi menikmati kehidupan yang sementara ni. Sentiasa kekal positif bersama Mykampus Radio. Cheers guys.