Senarai Jenama Makanan Malaysia yang Dieksport ke Luar Negara

Kalau anda sangka yang jenama Milo dan Maggi dalam senarai ni, jangan berangan lah ya. Kedua-dua jenama ini dimiliki dan diedarkan oleh syarikat Nestle yang berpusat di Switzerland. Gardenia? Sama juga, bukan berasal daripada Malaysia, malah ia berasal daripada negara jiran kita, Singapura.

Susu Dutch Lady pula berasal dari Netherlands. Tetapi susu Farm Fresh yang anda minum tu confirm local, cuma belum dieksport ke pasaran luar negara sahaja.

Akan tetapi, terdapat beberapa jenama tempatan yang mungkin anda fikir ia adalah jenama import. Sebagai contoh Munchy’s, MAMEE, Mister Potato, Life Sauces dan sebagainya.

Bukan sahaja jenama-jenama ini popular di dalam Malaysia, ia juga telah dieksport ke luar negara! Haa, jadi jangan terkejut kalau anda nampak jenama-jenama ini tersusun di rak-rak supermarket apabila anda travel ke overseas.

Jom kita lihat senarai jenama makanan Malaysia yang dieksport ke luar negara!

  • Munchy’s

Diasaskan pada tahun pada tahun 1991 oleh adik beradik Tan, yang pada mulanya mahu menawarkan makanan berkualiti tinggi dan berpatutan kepada rakyat Malaysia, kemudian menubuhkan syarikat itu di sebuah kilang kecil di Batu Pahat, Johor. Kini, Munchy’s boleh didapati hampir di 60 negara di seluruh dunia.

Laman web: https://www.munchys.com/

  • Julie’s

Syarikat pengeluar produk biskut ini diasaskan di Alor Gajah, Melaka, pada tahun 1981 dan mula mengedarkan produknya sejak tahun 1985. Sepanjang 37 tahun, syarikat ini telah mengeksportkan produknya ke lebih 80 buah negara. Pada tahun 2020, Julie’s memperkenalkan penjenamaan baharu untuk identiti syarikat mereka. Melalui penjenamaan baharu ini, pihak Julie’s lebih memfokuskan pengeluaran produk kepada pengguna, dan juga menggunakan arena digital untuk lebih dekat dengan pengguna.

Laman web: https://www.julies.com.my/

  • MAMEE

Produk seterusnya adalah MAMEE. Syarikat ini diasaskan oleh Phang Chin Hin, yang asalnya hanya menjual kereta terpakai. Beliau bermula dengan mengusahakan produk mee segera bersama rakannya dan membuka kilang kecil-kecilan. Selepas anaknya pulang dari Jepun, beliau bersama-sama anaknya mengusahakan bisnes mee segera itu. Selepas mereka mengeluarkan produk MAMEE MONSTER, bisnes mereka semakin berkembang maju dan kini produk mereka akhirnya telah memasuki pasaran 80 buah negara di seluruh dunia!

Produk keluaran Mamee sudah dieksport ke hampir 100 negara, antaranya Amerika Syarikat (AS), Australia, Kanada, Lubnan, Argentina, Thailand dan Singapura. Sehingga kini, Mamee mempunyai lebih 200 produk makanan dan minuman di pasaran tempatan dan luar negara.

Laman web: https://mamee.com/

  • Life

Jenama Life ini muncul pada tahun 1978. Sos Life adalah jenama yang diusahakan oleh Syarikat KFC Holdings Malaysia Berhad (sekarang QSR) yang berpengkalan di Kuala Lumpur bagi membekalkan sos kepada rangkaian restoran KFC seluruh Malaysia.

Sos Life terdiri daripada Sos Cili, Sos Tomato, Sos Bawang Putih, Sos Cili Halia, Sos Cili Thai, Sos Tiram, Sos Plum, Sos Masam Manis, Sos Hoi Sin dan Sos Lada Hitam. Sos Cila dan Sos Tomato Life telah dieksport ke 26 buah negara.

Laman web: https://lifesauces.com.my/

  • Beryl’s

Siapa yang menyangka, Beryl’s, sebuah syarikat yang terkenal dengan pembuatan coklat merupakan salah satu jenama keluaran Malaysia. Beryl’s diasaskan pada tahun 1995, di Seri Kembangan, Selangor. Bagi penggemar coklat, kalau ke Langkawi memang tak sah kalau tak beli coklat Beryl’s. Kini, Beryl’s chocolates boleh didapati di beberapa buah negara lain seperti Jepun, Singapura, India, New Zealand, Vietnam, dan banyak lagi.

Laman web: https://www.berylschocolate.com.my/

  • OldTown White Coffee

OldTown White Coffee membuka kedainya yang pertama pada tahun 2000 di Ipoh oleh 2 orang pengasasnya, Goh Ching Mun dan Tan Say Yap. Selain ratusan cawangan di Malaysia, syarikat ini juga mempunyai beberapa buat cawangan di luar negara seperti Singapura, Indonesia, Australia dan China.

Laman web: https://www.oldtown.com.my/

  • Marrybrown

Siapa sangka francais fast food, Marrybrown ini merupakan produk Malaysia? Berasal dari Johor, Marrybrown telahpun melebarkan sayapnya di serata dunia. Diasaskan oleh rakyat Malaysia, Dato Lawrence Liew and Datin Nancy Liew, Marrybrown merupakan rangkaian makanan segera yang popular dan telah beroperasi selama lebih daripada 40 tahun.

Marrybrown juga telah berkembang ke negara lain seperti Singapura, Indonesia dan Sri Lanka. Atas usaha dan kegigihan mereka, Marrybrown kini mempunyai lebih daripada 500 cawangan di 16 negara seperti di Singapore, Sweden, Maldives, India dan Afrika.

Laman web: https://marrybrown.com/

  • Appeton

Anak tiada selera makan? Makanlah Appeton. Haa, mesti anda tidak sangka jenama Appeton ni daripada Malaysia kan? Appeton diasaskan pada tahun 1982 dan dimilki oleh Kotra Pharma, sebuah syarikat farmasi yang berpusat di Melaka.

Appeton kini menjual produknya kepada lebih 30 pasaran antarabangsa seperti Hong Kong, Mauritius, Myanmar, Indonesia, Filipina, Vietnam, Nigeria dan Greece.

Laman web: https://appeton.com/

  • Kawan Food Berhad

Berpusat di Shah Alam, Selangor, Kawan Food (sebelum ini dikenali sebagai Kian Guan Trading) telah beroperasi lebih daripada 30 tahun dan diasaskan oleh Gan Thiam Chai. Kawan Food terkenal dengan paratha beku dan juga mempunyai pilihan makanan sejuk beku yang pelbagai jenis untuk makanan tradisional Asia yang lain.

Produk mereka telah meluas ke pasaran antarabangsa seperti Amerika Syarikat, Kanada, Eropah, Ireland, UK, dan banyak lagi.

Laman web: https://kawanfood.com/

Apakah jenama barangan atau makanan Malaysia kesukaan anda? Komen di bawah ya!


Jangan lupa juga ikuti kami di media sosial berikut!

Twittermykampusradio

Instagrammykampus_radio

Facebookmykampusradio

YouTubeMyKampusRadioPodcasts