Seharian Di Sandakan.

SEHARIAN DI SANDAKAN.

Bandar yang terletak di sebelah pantai timur pulau Borneo digelar mini Hong Kong kerana masih banyak bangunan lama dan banyak kawasan hutan belum dieksplotasi. Daerah ini terkenal dikunjungi pelancong luar negara kerana alam semulajadinya masih dikekalkan sehingga sekarang.  Ini adalah senarai aktiviti yang boleh dilakukan seharian di “Nature City” ini.

 

The Rainforest Discover Centre

 Hutan simpan yang kaya dengan diversiti hidupan liar mampu menarik minat orang luar datang ke sini. Dengan adanya harga ticket berpatutan iaitu dewasa RM 7 bagi warganegara malah RM 15 bagi pelancong serta kanak-kanak tempatan RM 3 dan kanak-kanak pelancong RM 7, anda dapat menghabiskan masa seharian menjelajah hutan simpan seluas 4300 hektar dengan selamat.

 

Café Balin

Saksikan senja berlatarkan pemandangan bandar Sandakan di Kafe Balin yang terletak di tingkat atas Hotel Nak. Aroma kopi dan manisan barat yang sesuai dijamu sambil melayani irama muzik lama. Kawasan rooftop hanya dibuka pada pukul 3 petang sehingga lewat malam.

 

Pasar Minggu

Pastikan anda menjejakkan kaki ke Pasar Minggu yang bukan sahaja menjual barangan tempatan malah turut menjual makanan orang Sabah. Bermula pada pukul tujuh pagi sehingga pukul 12 tengahari. Bolehlah beli produk lokal orang Sabah di sini.

 

Rumah Agnes Keith

     

Bertandang ke rumah penulis yang mengelar Sabah Negeri di Bawah Bayu. Estetika rumah lama yang dipenuhi perabot antik dihiasi dengan sejarah Agnes Keith yang pasti anda kagumi.

 

Gereja St.Micheal

   

Tempat menarik untuk menangkap foto anda dengan struktur bangunan lama. Gereja tinggalan British boleh dilawati setiap hari tanpa ada cas dikenakan.

Bundle Hari Ahad

Aktiviti kegemaran penduduk tempatan di setiap pagi ahad adalah dengan berkunjung ke bundle yang dibuka pada pukul empat pagi sehingga pukul dua petang. Barangan murah berjenama mudah didapati dengan harga yang rendah.

Bukit Sim-sim

Hiruplah udara pagi segar dengan mendaki bukit Sim-sim. Pemandangan di puncak pasti memuaskan anda dengan kawasan perumahan atas air yang jarang dapat dilihat di bandar.

 

 

 

 

 

Older Post