Sebelum The Italian Job, Malaysia Dah Lama Buat

Well, korang mesti tak percaya kan yang Malaysia dulu pernah ada rompakan ala ala The Italian Job ni.

Sewaktu Malaysia menyambut kemerdekaan ke-37 pada tahun 1994 dulu. Kumpulan Geng Mamak telah merompak jongkong emas bernilai lebih 12 juta ringgit tanpa menggunakan sebarang senjata api pun.

Lapangan Terbang Antarabangsa Subang

Kawasan kargo Lapangan Terbang Antarabangsa Subang telah menjadi lokasi sasaran bagi rompakan yang dilakukan oleh Geng Mamak ni dengan menyamar sebagai anggota pihak berkuasa.

Rompakan yang diketuai oleh Yusof Abu Bakar dan adik beradiknya yang lain akhirnya tumpas. Namun, sampai sekarang pihak polis masih tak jumpa jongkong emas yang diorang rompak.

Circuit board. Electronic computer hardware technology. Information engineering component. macro photography.

Last job yang diorang buat adalah pada 2006 apabila mikrocip bernilai RM 50 juta telah dirompak di kawasan Kompleks Kargo Utara, Pulau Pinang.

Diorang digelar Geng Mamak sebab kesemua ahli utama perompak ni adalah keturunan mamak. Kisah Geng Mamak ni juga pernah dijadikan dokumentari iaitu “Geng Mamak: A Brotherhood of Bandit. So, kalau korang nak tahu lebih lanjut pasal diorang ni, bolehlah check it out dekat Youtube nanti.

COMMENTS