Sci-fi Genre Movie – Orang Muda Mesti Suka

Kalau cakap pasal movie or drama , mesti semua orang suka tapiiii tahu ke genre movie or drama tu? Ke main bedal je? hahaha.. Film sci-fi atau science fiction merupakan film yang bertemakan tentang pengaruh sains dan teknologi yang imaginasi terhadap masyarakat dan dunia secara keseluruhan. Singkatnya, definisi sci-fi adalah genre film yang mempunyai ciri khas elemen imaginasi! berkaitan dengan sains ataupun kemajuan teknologi yang berdasar kepada hukum alam, hukum-hukum biologi, kimia, fisika dan lain-lain. Ni antara list movie yang menarik!

  1. Umbrella Academy

Ceritanya bermula saat terjadi kelahiran yang aneh di suatu kota. Sebanyak 43 bayi lahir dari wanita yang tidak berhubungan intim dan tidak ada tanda-tanda mengandung. Jadi, ada tujuh anak yang diambil oleh Sir Reginald Hargreeves iaitu seorang pengusaha dan miliader. Jadi , Hargreeves menciptakan Akademi Umbrella untuk anak angkatnya menjadi superhero, yang nantinya akan menyelamatkan dunia. Sayangnya, apa yang dirancang tidak berjalan baik sepenuhnya. Saat anak-anak remaja, terjadi konflik dan kumpulan itu pun hampir dibubarkan. Tujuh belas tahun setelah berpisah, terdengar kabar bahwa Hargreeves meninggal dunia. Kabar tersebut membuat enam anak angkat yang masih hidup berkumpul kembali di rumah Hargreeves. Min yang tengok pun serabut ye tengok bergelut keluarga diorang ni! Jadi pergi la tengok hihi!

2. Stranger Things

Cerita ini bermula apabila penyiasatan mengenai kehilangan seorang budak lelaki (Will Byers) di tengah-tengah kejadian luar biasa yang berlaku di sekitar bandar di Indiana, termasuk penampilan seorang gadis dengan kemampuan psikokinetik (Sebelas). Musim kedua memberi tumpuan kepada kesan sampingan Will daripada berada di Upside Down dengan entiti yang merangkak ke dunia nyata. Musim ketiga memfokuskan hubungan Eleven dan Mike ketika anak-anak meneruskan pertempuran melawan entiti Upside Down. Cerita ni sebenarnya menunjukkan semangat setia kawan dan juga kasih sayang antara keluarga. Tapi srs best!

3. Alice in Borderland

Film ini mengisahkan seorang pemuda pemalas, pengangguran, dan hanya bermainan game sahaja yang bernama Arisu Ryohei. Dia dikenal pula sebagai “Alice”. Dia lebih banyak menghabiskan waktu bergaul dengan kawan-kawan dia Daikichi Karube dan Chota Segawa . Satu hari tiba-tiba, ada mcm cahaya yang terang muncul , mereka menyorok dalam toilet kerana dikejar polis. Namun bila mereka nak keluar tiba-tiba tiada satu orang pun yang ada dalam bandar tersebut. Mula-mula best tapi lama-lama mesti kita akan takut kan? Nak tahu apa yang berlaku pergi la tengok movie ni! Cuma nak bagi hint tolong sediakan tis. Min nak nangis! hihi

4. Sweet Home

Sweet home ni pasal sekumpulan mutasi yang menyebabkan berubah menjadi jahat. Dan mutasi bukan hanya berlaku di luar malah, berlaku dalam perumahan penduduk. Cha Hyeon-su merupakan watak utama yang memainkan peranan untuk bunuh monster mutasi tu. Namun pelbagai cabaran yang berlaku apabila masing-masing selfish dan juga ada yang rancangan mereka ingin lakukan gagal. Cerita ni juga sedih ye. So pls, sediakan tisu!

5. The Rain

Cerita ini mengisahkan kehancuran dunia akibat penyebaran virus melalui hujan yang meragut jutaan nyawa manusia. Cerita bermula dari seorang anak bernama Simone diselamatkan oleh ayahnya ke sebuah bank bersama adiknya. Namun setelah enam tahun berlalu, ayah mereka tidak kembali dan mereka berdua decide la untuk keluar dari bank dan bergabung dengan sekelompok pejuang muda yang ada. Serial ini menunjukkan pada kehancuran dunia di masa depan, akibat dari ganasnya air hujan yang mampu membunuh manusia dalam hitungan detik dan menyebabkan populasi manusia menurun secara drastik .The Rain ini juga menggambarkan bagaimana hanya dalam sekejap saja semua dapat hancur, tanpa adanya peringatan.