Zaman dah maju tapi macam-macam ritual seram tetap dijalankan sampai melibatkan orang mati, darah dan haiwan.
Jom tengok jenis-jenis ritual seram yang wujud.
Ucapan Pemujaan Leluhur
Bertujuan bagi memanjatkan doa bagi leluhur atau keturunan. Ritual ini dilakukan oleh suku Mah Meri di Malaysia.
Ritual ini boleh dikatakan menari untuk orang mati
Pemujaan ini memerlukan penari, topeng ukiran, bunga, kemenyan dan makanan. Dilakukan pada masa tertentu dan ketua dewa akan tentukan tarikh.
Cara ritual : mereka bakar bunga kemenyan dan mulakan tarian.
Ritual Puja Laut
Festival Palu Nomini dukun jampi dan penari wanita. Acara yang terkenal di Indonesia. Ritual dilakukan bagi menghilangkan penyakit melalui aliran air laut.
Barang yang disediakan untuk ritual adalah tembakau, syiling, kuih muih dan gambir. Kepala lembu juga digunakan. Barang ini akan dihanyutkan di laut.
Pada tahun 2016 & 2017, selepas mereka membuat upacara syirik ini, hujan lebat dan angin kencang menghanyut tempat mereka.
Ritual Ngayau
Suku Dayak yang mendiami kalimantan. Suku ini mengamalkan tradisi potong kepala dan sangat terkenal di Sarawak.
Kepala ini akan diletakkan dihadapan rumah dan dilakukan bagi menjauhi makhluk halus. Tiada pemujaan lain dilakukan hanya aktiviti potong kepala.
Makin banyak kepala depan rumah, makin dihormati dan ditakuti orang lain.
Ritual Nithing Pole
Adat kuno Scandinavia yang secara formal mengutuk atau menumpaskan seseorang. Tradisi ini lebih kepada sihir. Terkenal di Jerman.
Cara ritual dimana mereka memotong kepala kuda, lembu, babi lalu dipacakkan dihadapan rumah menghadap arah rumah orang yang mereka benci.
Satu curse yang diamalkan pada zaman eropah & barat dan mula terkenal pada 2016.
Ritual Suangi
Warga Papua New Guinea sangat terkenal dengan tradisi seram ini. Rupanya Suangi adalah satu ilmu hitam yang dikuasai oleh seseorang.
Di Papua, mereka langsung tidak berani untuk bercakap mengenai perkara ini. Suangi dipercayai akan makan organ-organ manusia.
Cara hilangkan Suangi ini adalah dengan bunuh dan makan anggota badan ahli keluarga sendiri.