Protest Bukan Budaya Malaysia.

Susulan daripada protest yang berlaku di salah sebuah universiti awam baru-baru ni, kami di Mykampus Radio berjalan di sekitar ibu kota untuk meminta pandangan warga KL berkenaan dengan isu protest. Menariknya, kebanyakan orang mengelak daripada menjawab soalan berkenaan protest.

Soalan yang dikemukakan adalah mudah, tak berat atau menimbulkan sensitiviti. Tapi sebut je perkataan protest, mereka akan cakap tak tahu, tak minat atau mengelak sebab tak nak pihak atasan tahu. Korang nilai sendiri soalan yang dikemukan. Adakah keterlaluan?

Protest secara bahasa umum adalah sejenis tunjuk perasaan untuk menyatakan keinginan atau tak puas hati. Semua rakyat diberi hak untuk bersuara berhubung apa-apa isu. Tapi kenapa bila dikaitkan dengan protest, masyarakat memilih untuk tunduk, diam dan tak melibatkan diri?

Maka, kami merumuskan bahawa protest di Malaysia bukan lah budaya kita dan sukar diterima tak kira bangsa apa sekalipun. Masyarakat merasakan protest adalah sejenis kekerasan dan keganasan, yang mana ianya adalah satu tanggapan yang salah. Mungkin sebab protest selalunya disusuli dengan huru hara dan keganasan? Sebenarnya kalau protester dan juga pihak berkuasa bekerjasama, vandalisme dan huru hara boleh dielakkan. Yang penting, kedua-dua pihak kena ada rasa tanggungjawab untuk menjaga keamanan & tak melanggar undang-undang.

Kesimpulannya, sesiapa pun bebas keluarkan pendapat asalkan tak cetus isu perkauman atau trigger sensitiviti orang lain. Tak perlu halang orang lain untuk bercakap. Dan korang pun tak perlu pendam tak puas hati serta keinginan korang tu k. Kita ada hak, dan kita berjuang untuk kebaikan bersama. Itu lah maksud “Freedom of Speech” yang sebenar 🙂

Newer Post