PROGRAM CELIK WANG CLEVER COIN CREW BERSAMA UiTM

Bagi melahirkan generasi celik kewangan dalam kalangan kanak-kanak, pelajar-pelajar Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media UiTM Shah Alam telah melaksanakan satu program kesedaran literasi kewangan iaitu Program Celik Wang ‘Clever Coin Crew‘.

Program ini telah berjalan dengan lancarnya pada 31 Disember 2023 bersempena Karnival Masjid Al-Iman 2023 dan bertempat di Desa Putra, Kajang. Karnival tersebut juga dirasmikan oleh YB Senator Dato’ Setia Dr Haji Mohd Na’im bin Haji Mokhtar, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama).

Selain itu, program ini terutamanya bermatlamat untuk memperkukuhkan pengetahuan kanak-kanak tentang kewangan, mengajar dan melatih kanak-kanak cara pengurusan kewangan dengan betul, dan memupuk nilai celik wang dari kecil.

Program ini disertai oleh 40 orang kanak-kanak yang berumur dari 5 hingga 12 tahun dan dijalankan dari jam 2.00 petang sehingga 5.00 petang.

Pihak penganjur mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pihak terutamanya ibu bapa dan penjaga yang mendorong anak-anak mereka untuk menyertai Program Celik Wang ‘Clever Coin Crew‘ bersama UiTM.

Selain daripada Program Celik Wang ‘Clever Coin Crew‘, antara aktiviti-aktiviti lain yang juga berjalan semasa karnival tersebut adalah Larian – Fun Run, Ceramah Palestin, pameran universiti dan agensi-agensi lain, pertandingan permainan dalaman, cabutan bertuah, dan juga pelbagai gerai jualan.


Jangan lupa juga ikuti kami di media sosial berikut!

Twittermykampusradio

Instagrammykampus_radio

Facebookmykampusradio

YouTubeMyKampusRadioPodcasts