Produk Terbaru Xiaomi 2021

Barangan eletronik yang berasal dari China ini semakin menguasai dunia dengan ciptaannya yang hebat-hebat. Jenama ini telah pun mencipta nama dan sedang bersaing hangat dengan Apple dan Samsung. Bukan calang-calang ye!

Setiap tahun Xioami akan memperkenalkan produk yang terbaru yang akan membuatkan pencinta-pencinta barang teknologi rasa WOW!

Jom lihat 5 produk Xiaomi yang korang boleh habiskan duit!

  1. The Roidmi NEX 2 Pro Cordless Vacuum Cleaner

Vacuum ini antara latest product yang dikeluarkan oleh Xiaomi pada tahun 2021. Vacuum yang power ini bukan sahaja mempunyai design yang cantik dan ergonomik ia mempunyai feature yang boleh boleh memotong kotoran dan serpihan dalam masa beberapa saat. Ia juga bukan sahaja boleh menyedut kotoran tetapi boleh juga menjadi mop. Ha cuba bayangkan sambil kita vacuum sambil mop. Kan dah jimat masa! Harga yang dikeluarkan di pasaran adalah RM1,329.00.

2. Yeelight Smart LED Bulb

Mentol baru yang dikeluarkan oleh Xiaomi telah menandingi mentol lampu yang biasa. Perkakas smart home ini menawarkan pelbagai jenis ton warna dari warm to cool dan ianya boleh dikawal melalui remote control sahaja! Cool kan? Mentol lampu yang smart ini juga boleh bertahan sehingga 11 tahun. So bayar sekali je untuk membeli mentol dan tak perlu nak fikir selama 11 tahun. Harga yang ditawarkan di pasaran adalah antar RM90-RM110.

3. Xiaomi Mijia Smart Steamer Oven

Dikuasakan oleh mikrokomputer, steamer oven ini boleh dikawal hanya menggunakan rekod masa. Kuasa penyejatan steamer oven ini telah disetkan sehingga 1200W jadi ianya boleh menjana wap pekat dengan hanya menambah air ke dalamnya. Hanya perlu menuggu sehingga 30 minit sebelum produk ini boleh digunakan selama sehingga 120 minit! Fuhlamak best betul. Harga pasaran di Malaysia adalah RM1,499.00.

4. Xiaomi Wireless IP Security Camera

Dalam dunia yang jenayah semakin naik, produk ini adalah satu keperluan di rumah sebagai langkah berjaga-jaga. Anda boleh memantau keadaan rumah dengan hanya menggunakan teknologi elektronik yang dikeluarkan oleh Xiaomi dan mengawalnya secara jarak jauh.

Bagi mereka yang mempunyai anak kecil dan binatang peliharaaan, kamera ini sangatlah membantu. Yang bestnya produk ini tidak mengeluarkan bunyi dan blinking lights. Putaran 360 membolehkan anda melihat sekeliling dengan mudah. Ia jug mempunyai night vision jadi anda tidak ada masalah untuk melihat jika tiada cahaya. Ia juga produk yang boleh dikawal menggunakan apps di telefon pintar. Harga di pasaran adalah RM168.00

5. Xiaomi Mi Band

Dengan fitness yang telah menjadi trend, Xiaomi telah mengeluarkan Mi Band baharu yang mempunyai color screen, display brightness yang gempak, dan capacity battery yang lebih tahan lama. Harga yang dipasarkan adalah RM499.00.