PRK Sandakan yang bakal berlangsung 11 Mei 2019 nanti menyaksikan pertembungan 5 penjuru antara calon DAP, PBS dan 3 orang calon bebas. DAP diwakili oleh Vivian Wong, PBS diwakili oleh Linda Tsen manakala 3 orang calon bebas yang lain adalah Hamzah Abdullah, Sulaiman Abdul Samat dan Chia Siew Yung.
Dalam kehangatan pilihan raya yang bakal berlangsung ni, korang ada terfikir tak persoalan-persoalan di bawah? Jom semak!
1. Saiz kemenangan
PRK kali ni lebih tertumpu kepada DAP di mana pada PRU 14 yang lalu DAP telah memenangi kerusi Parlimen Sandakan dengan majoriti sebanyak 10,000 lebih. Wow! So kali ni kita nak tengok sama ada DAP akan menang lagi atau tak. If yes, adakah majoriti undi masih lagi tinggi atau pun dah menurun secara mendadak?? Of course menjelang setahun pentadbiran kerajaan baru, kita nak tahu adakah rakyat masih percaya atau pun dah muak dengan revolusi Malaysia Baru ni.
2. DAP fights as DAP
Kalau untuk PRU14 yg lepas, DAP bergabung dengan PKR membentuk Pakatan Harapan. Tapi bagi pilihan raya kali ini, DAP memilih untuk stands alone, tak bernaung bersama Pakatan Harapan. Why????? Sebab pattern politik di Borneo
lebih kepada Parti Borneo vs Parti Bukan Borneo. Pakatan Harapan dilihat lebih kepada parti Semenanjung manakala DAP lebih kenegerian. DAP yakin akan mendapat sokongan padu apabila bertanding menggunakan nama sendiri.
3. Faktor kaum.
Majoriti kaum di Sandakan terdiri daripada kaum Cina. Walaupun parti DAP dan PBS menyasarkan kaum Cina bagi memenangi undian, kaum bumiputera patut diambil kira juga. Fokus dilihat terarah kepada Parti Warisan yang merupakan sekutu bagi Pakatan Harapan. Parti Warisan memperjuangkan kepentingan semua muslim dan non muslim Bumiputera di Sabah. Jadi adakah kaum bumiputera akan memihak kepada DAP yang merupakan sekutu Parti Warisan dalam Pakatan Harapan?
4. Pengundian Awal
7hb Mei berlangsungnya proses pengundian awal bagi penjawat awam seperti polis dan tentera. Adakah penjawat-penjawat awam masih lagi memberi sokongan padu kepada DAP ataupun dah beralih arah? Yela, macam-macam isu dalam pentadbiran Malaysia Baru sekarang.
Apa-apa pun, kita tunggu result nya 11hb nanti. Parti mana pun yang menang, kita sebagai rakyat mesti lah nak pemimpin yang berkaliber dan boleh memajukan rakyat. So orang Sandakan, ini lah masanya! Pilih jangan tak pilih.