Orang Kita: Kenapa Attitude Teruk Sangat Kat Oversea?

Ada-ada je orang kita ni. Dah boleh pergi oversea, buat perangai pulak. Baru-baru ni kecoh bila seorang wanita Malaysia yang bekerja di Australia meminta pasangan suami isteri bank in duit bagi dia kalau diorang nak balik telefon bimbit diorang. Masalahnya dia takde pun telefon bimbit tu. Menipu je keje. Teruk kan? Baca kat link ni kalau nak tau lebih lanjut.:

http://www.astroawani.com/berita-malaysia/peras-ugut-pasangan-australia-kematian-anak-wanita-malaysia-didakwa-mahkamah-206446

Siti Nur Hidayah Kamal didakwa di mahkamah atas dakwaan peras ugut pasangan Australia yang baru kematian anak.

Itu baru 1. Ni ada lagi seorang doktor lelaki, dari Malaysia jugak. Keluarkan kenyataan ekstrem menggesa jenayah rogol dilakukan terhadap wanita. Padan muka kena gantung tugas selama 6 minggu.  Bukan tu je, doktor ni pernah up komen membenci wanita dan perkauman. Korang baca lah sendiri kat link ni:

https://www.msn.com/en-my/news/world/doktor-digantung-tugas-susulan-desakan-wanita-dirogol/ar-BBWiWnI?li=AAaD1A0

Dr. Christopher Kwan yang menggesa jenayah rogol dilakukan terhadap wanita.

Banyak lagi kes-kes lama sebenarnya.  Point nya sekarang betul ke orang kita ni bila pergi oversea jadi makin teruk perangai???? Hmmmm…kenapa ek? Jom baca sebab-sebab di bawah:

  • Rasa dah bebas

Selama ni bila duduk tempat sendiri, segala pengai tak elok tu terpaksa cover demi menjaga maruah family la konon atau malu dengan kawan-kawan. Bila dapat je peluang keluar negara, ambek kau… segala perangai hantu dia keluarkan.

  •  Terdesak

Tak cukup duit nak hidup punya pasal, maka terpaksa lah buat apa je termasuk lah benda-benda tak elok. Adoi, hopefully apa pun ujian kita dapat tak menjerumuskan kita ke perkara yang salah.

  •  Culture shock!

Bila tak biasa kat tempat orang, mula lah terikut-ikut benda bukan-bukan. Jaga diri ya semua! Choose your circle. Sebab at the end of the day, its all about you. Baik buruk, you juga yang akan tanggung.

  •  Saja nak try

Amboi amboi, mentang-mentang lah its your first time semua kau nak buat eh? Boleh je. Tapi jangan lah sampai masuk lokap atau pun kena gantung kerja. Berpada-pada sikit.

  • Dicabar

Sekarang ni banyak challenge kan. Korang jangan buat plak challenge “Tak Payah Bayar” yang viral tu. Kang tak pasal-pasal kena tangkap polis. Malu beb!

 

 

COMMENTS