Pergerakan “Self-Defense” Untuk Wanita

Pernah tak anda berjalan pulang sendiri dan merasa tidak selesa seperti ada yang mengekori dari belakang?

Berikut adalah cara-cara mempertahankan diri untuk wanita dalam apa jua keadaan.

1. Hammer strike

Menggunakan kunci kereta adalah salah satu kaedah termudah untuk mempertahankan diri. Jangan gunakan kuku jari kerana lebih berisiko mencederakan tangan. Sebaliknya, jika merasa tidak selamat semasa berjalan pada waktu malam, biarkan kunci keluar dari satu sisi penumbuk untuk ditukul.

Cara melakukan:

Pegang kunci seperti memegang tukul, kemudian arahkan genggaman tangan ke arah sasaran.

2. Groin kick

Jika seseorang menghampiri dari depan, tendangan pangkal paha dapat memberikan kekuatan untuk menumbangkan penyerang serta dapat melarikan diri dengan segera.

Cara melakukan:

  1. Stabilkan diri sebaik mungkin.
  2. Angkat kaki dari bawah dan gerakkan lutut ke atas.
  3. Panjangkan kaki, gerakkan pinggul ke depan serta sedikit condong ke belakang dan tendang dengan kuat.

3. Heel palm strike

Langkah ini boleh menyebabkan kelukaan pada hidung atau tekak penyerang.

Cara melakukan:

  1. Lenturkan pergelangan tangan.
  2. Sasarkan hidung penyerang menusuk ke atas dari lubang hidung atau di bawah dagu.
  3. Tarik lengan anda dengan cepat untuk membantu mendorong kepala penyerang ke atas dan ke belakang.

Ini akan menyebabkan penyerang terhuyung-huyung ke belakang, membolehkan anda melepaskan diri dari cengkaman mereka.

4. Elbow strike

Sekiranya penyerang berada dalam jarak dekat dan anda tidak dapat memperoleh momentum yang cukup untuk melakukan pukulan atau tendangan yang kuat, gunakan siku anda.

Cara melakukan:

  1. Stabilkan badan dan kaki untuk memastikan pukulan kuat.
  2. Bengkokkan lengan ke siku, gerakkan berat badan ke depan dan tekan siku ke leher, rahang atau dagu.

 5. Escape from a ‘bear hug attack’

Bagi kejadian di mana penyerang datang dari belakang, fokus untuk membengkokkan badan dan cari ruang untuk membebaskan diri.

Cara melakukan:

Bengkokkan badan ke hadapan dari pinggang dengan salah satu siku dan teruskan serangan balas. Ini akan memberi ruang berpusing sepenuhnya untuk mencederakan wajah atau menendang paha penyerang.

Walaupun tidak semua wanita pernah merasa berada dalam situasi merbahaya, ketahui langkah serta cara yang perlu diambil untuk menyelamatkan diri pada suatu masa kelak.