PERFUME CAP AYAM!

Mesti korang spray minyak wangi or perfume sebelum keluar rumah kan? Tak kesahlah untuk pergi kerja ke, kenduri ke, dating ke, dsb mesti korang calit minyak wangi kat badan korang.

Tapi sejauh mana korang tahu pasal perfume? Or mungkin ada yang tak tau cara pemilihan perfume. Korang perasan tak kat botol parfum ada tulis eau de parfum atau eau de toilette.

Ada sesetengah orang tu asalkan perfume tu wangi terus beli tanpa tahu apa maksud istilah yang tertulis kat botol tersebut. So kali ni nak share mengenai istilah perfume ini untuk mudahkan korang memilih jenis perfume yang sesuai.

1. Parfum (Pure Perfume)

Kadar kepekatan 20%-30%, dan asli tanpa campuran alkohol. Parfum ni minyak wangi yang paling kuat dan paling mahal. Tahan lebih lama dalam 20 jam atau lebih, bergantung kepada jenis kulit. 

Tapi kalau korang pakai perfume ni, bukan je badan korang bau wangi malah bau dia boleh dihidu dari jarak yang cukup jauh dan tahan lama. Make sure jangan sembur perfume jenis ni kat baju korang sebab tekstur dia berminyak and dapat tinggalkan kesan.

2. Eau de Parfum (EDP)

Kepekatan perfume jenis ni 15%-20% and tahan 10-16 jam. Kandungan alkohol dia kurang sikit daripada parfum, tapi bau dia still tahan lama dan kuat.

Perfume ni bau dia lebih keras and sesuai pakai time malam, especially untuk korang pergi majlis formal macam dinner dsb. Tapi tak semua dapat sesuaikan diri dengan perfume jenis ni.

3. Eau de Toilette (EDT)

Perfume jenis ni paling biasa terjual kat kedai harga dia lebih murah dan tak tahan lama. Tapi kandungan alkohol kurang sikit berbanding cologne. Kepekatan EDT ni l5%-15% and dari segi bau EDT bertahan agak lama dalam 8-12 jam.

Wangian EDT lebih ringan, tak terlalu tajam dan sesuai untuk aktiviti santai. Contohnya keluar gi mall, nak gi kelas pon sesuai and kalau korang nak jalan2 kat taman petang2 pon boleh pakai.

4. Eau de Cologne (EDC)

Perfume ni yang paling lemah dan biasanya dia akan focuskan kepada lelaki. Bau dia tahan sehingga 2 jam sebab kepekatan minyak wangi ni 3-5%. Cologne ni sesuai kalau sembur kat badan sebab dia diperbuat daripada buah-buahan, dan ada minyak pati, lemon, bergamot, oren, dan neroli mutlak.

Bau cologne paling ringan kalau nak bandingkan dengan yang lain. Biasanya wangian ini beraroma menyegarkan. Contohnya kita boleh dapat pada tisu basah yang sesuai digunakan sebagai penyegar selepas melakukan sebarang aktiviti.

5. Eau Fraiche / Body Splash

Perfume ni biasa orang panggil Body Mist atau Body Splash. So kepekatan dia 1-3% paling sikit antara semua jenis perfume dan hanya tahan kurang dari 2 jam je. Bau dia tak tahan lama sebab kadar alkohol dia tinggi. Sama macam eau de cologne, body splash lebih sesuai untuk wangikan badan.

Mostly produk wangian ada alkohol cuma lagi tinggi kadar kepekatan pati perfume tu makin sikit kadar alkohol dia. Kalau korang nak tau, fungsi alkohol untuk bantu sebarkan bau perfume.

Korang jangan risau alkohol yang ada dalam minyak wangi sah untuk dibawa solat. Kalau korang nak tahu lebih pasal sah tak sah korang boleh rujuk orang yang lebih pakar. So lepas ni korang boleh lah pilih wangian atau perfume yang lebih sesuai dengan diri korang.

COMMENTS