Penyakit Jantung: Obsesi Kepada Makanan Tidak Sihat

Menurut World Health Organization (WHO), terdapat 17.5 juta kematian atau sekitar 31 peratus dari jumlah kematian di seluruh dunia setiap tahun disebabkan oleh serangan sakit jantung. Corak dan bentuk makanan tidak sihat, terutamanya memakan makanan yang mengandungi banyak lemak  dan diet tidak seimbang adalah salah satu penyebab kepada penyakit tersebut.

Berikut adalah 5 jenis makanan yang dinyatakan oleh Pakar Pemakanan, Jansen Ongko yang boleh membahayakan kesihatan jantung jika dimakan secara berlebihan.

Makanan Segera  – Risiko banyak penyakit berbahaya salah satunya adalah ateriskelorosis yang menyebabkan serangan jantung. Maggie merupakan antara makanan segera menggunakan kandungan garam tinggi yang boleh menyebabkan hipertensi, selain mempunyai kalori tinggi. 

Lemak Trans – Kentang goreng merupakan antara makanan yang mengandungi lemak trans dan lemak terhidrogenasi dimana akan menyebabkan tubuh meningkatkankolesterol (jahat) sehingga penyumbatan pada saluran darah dapat diaktifkan jika diambil secara kerap.

Makanan dengan kandungan garam yang tinggi – Hipertensi yang boleh membebankan fungsi jantung boleh disebabkan oleh makanan yang kaya dengan garam. Oleh itu, pengambilan garam setiap hari harus terhad kepada maksimum 6 gram sehari.

Daging Diproses  – Daging yang diproses mengandungi bahan pengawet serta penambah warna dan rasa dengan pengambilan daging yang terlalu banyak tidak baik untuk kesihatan jantung.

Marjerin – Mengandungi lemak trans serta bahan  pengawet. Penyakit jantung, barah, ketidakseimbangan hormon adalah antara penyakit yang disebabkan oleh pengambilan marjerin yang berlebihan dalam makanan. 

Kesihatan jantung sangat dipengaruhi oleh makanan. Perhatian harus diberikan kepada pengambilan makanan tidak kira tua atau muda kerana beberapa organ tubuh tidak berfungsi dengan optimum apabila penyakit  seperti penyakit jantung , strok, kolesterol, dan diabetes datang. Jaga kesihatan semua!