Pada 14 julai 2019 yang lalu, seorang remaja perempuan bernama Bianca Devins, 17 yang berasal dari Utica, New York dibunuh secara brutal oleh kawan lelaki beliau yang bernama Brandon Andrew Clark, 21. Bianca dan Brandon dikhabarkan mula berkenalan di satu platform media sosial online, Instagram dua bulan yang lalu dan Brandon juga pernah bertemu dengan keluarga Bianca.
13 Julai 2019, Bianca dan Brandon pergi ke konsert di Queens, New York sekitar jam 7.30pm dan pulang ke Utica sekitar jam 10 malam. Mungkin masa dekat konsert tu berlaku pergaduhan antara Bianca dan Brandon ni yang membawa kepada pergaduhan pada awal pagi 14 Julai 2019 sewaktu mereka tiba di Utica, New York. Pergaduhan ini berterusan sehingga Brandon bertindak mengeluarkan sebelah pisau dan mengelar leher Bianca.
Salah satu insta story yang di muat naik. Pihak instagram bertindak untuk delete semua gambar mangsa yang telah diupload oleh Brandon.
Yang menjadikan kejadian ini lebih tragis adalah, Brandon meng-upload gambar mangsa yang telah dikelar di Insta Story beliau dengan kapsyen ‘Sorry’, sebelum bertindak menelefon pihak polis daerah Utica New York. Pihak polis kemudiannya track telefon bimbit Brandon dan tiba di tempat kejadian iaitu di Poe St yang merupakan jalan mati. Apabila polis tiba di tempat kejadian, Brandon didapati dalam keadaan terbaring di atas satu alas yang berada di sebelah kereta beliau, mayat Bianca terbaring di sebelah beliau di bawah alas yang sama.
Lagi satu benda psiko yang terjadi adalah, apabila polis cuba mendekati Brandon, dia mula mengelar diri sendiri dan kemudiannya merakam keadaan diri beliau sebelum meng-upload klip tersebut di Insta story beliau. Haa seram betul dengar. Sekarang Brandon berada di ICU St Elizabeth Hospital untuk mendapatkan rawatan.
Keluarga Bianca memohon agar semua orang tak share gambar tragis kematian anak perempuan mereka, sebab yelah parents mana yang tak sedih kan tengok keadaan anak diorang yang mati. Kematian Bianca ni trending dekat twitter dengan hashtag #RIPBianca dan ramailah yang bersimpati dengan nasib Bianca ni. Jadi untuk korang yang berada di luar sana, kita kena sentiasa berhati-hati okay.