Penduduk bandar San Antonio La Esperanza, Mexico, menemui apa yang mereka sangkakan mayat dalam keadaan berbalut, terapung di sungai.
Tapi bila buka je balutan tu rupa-rupanya ‘mayat’ tersebut merupakan sebuah patung yang biasa digunakan ventrilokis.
Orang cakap patung tu disumpah, dia cuba juga untuk bakar. Tapi cubaan pertama tak berjaya. Menguatkan lagi dakwaan penduduk, iaitu benar patung itu ada ‘sumpahan’.
Lapas percubaan pertama tak jadi, penduduk kat situ kumpul kayu yang lebih banyak untuk menghasilkan api yang lebih marak. Akhirnya patung tersebut berjaya dibakar.
Well, tak tahu la berkenaan sumpahan. Tapi logiknya, keadaan patung yang lembap mungkin menjadi faktor kenapa patung tersebut sukar dibakar.
Selain itu, individu yang menghasilkan dan menjual patung tersebut berjaya dijejaki. Tapi dia tak ingat dekat siapa dia jual.
Menurut individu tersebut, patung tersebut dihasilkan menggunakan resin yang sukar untuk dibakar, seterusnya melenyapkan dakwaan ‘sumpahan’.
Tapi lah kan, patung ventrilokis ni memang rupa dia creepy. Tambah lagi kalau kau tengok movie Dead Silence.
Cuma yang menjadi persoalan, kenapa patung ini dibuang. Dibuang dalam keadaan berbalut di sungai pulak tu. Kita orang Melayu ni pun, bukannya tak biasa dengar cerita orang buang ‘barang’ dekat sungai ni.