Tteokbokki Makanan Orang Kaya Korea

Selain kimbap, kimchi atau bibimbap, peminat makanan Korea mesti tau apa tu Tteokbokki atau orang bukan korea sebut Topokki.

Tteokbokki ni memang makanan yang popular kat Korea, tapi dia popular dalam kalangan rakyat marhein selepas perang Korea.

Tteokbokki terdiri daripada garae-teok, iaitu sejenis makanan yang menggunakan tepung beras dan diuli panjang.

Then, benda ni dimakan dengan sos gojuchang atau sos kicap yang dipanggil ganjang. Sos tu dengan Tteokbokki dimasak bersama sebelum diletakkan bijan dan hirisan daun bawang.

Tteokbokki dah wujud time era Joseon, iaitu dalam buku resipi Korea abad ke-19, dipanggil Siujeonseo. Penulis buku ni merupakan seorang saudara terdekat raja, yang digelar Yangban. Dikatakan makanan ni berasal dari Sangju, di Gyeongsang Utara.

Gyeongsang Utara ni sebuah kawasan kat Korea Selatan yang penduduknya lebih tradisional dan konservatif berbanding mereka yang tinggal di pantai Barat seperti Seoul.

Sebab tu sebenarnya budaya orang di sebelah timur sangat berbeza berbanding di sebelah barat, kerana Baekje di barat lebih terdedah dengan China berbanding di timur (Silla). Pada akhirnya Korea disatukan oleh Maharaja Taejo dari Goryeo.

Perkataan Korea berasal dari perkataan Goryeo, tapi orang Korea Selatan sendiri panggil negara mereka Daehan Minguk, sementara orang Korea Utara menggelarkan mereka sebagai Chosun (mengambil dari Joseon, pemerintah asal Goryeo).

Versi dari istana dikatakan dimasak bersama teok, daging lembu, minyak bijan, kicap, daun bawang, cendawan batu dan kacang pine.

Versi warna merah ini wujud hanya selepas Perang Korea, bila seorang pengusaha makanan tak sengaja menjatuhkan teok dalam kuah sos gojuchang.

Tapi bila rasa benda tu jadi sedap, pengusaha Ma Bok Lim menjualnya di Sindang, Seoul dan jadi popular.

Versi marhein dengan sos gojuchang lebih mudah untuk dihasilkan, serta digemari terutamanya masa musim sejuk. Ia sering dijual di pochangmacha (warung tepi jalan) kat Korea.