Orang Muda Dan Politik di Port Dickson

 

Sumber : Bernama

Berada di Port Dickson selama 24 jam dan apa yang saya boleh rumuskan orang muda tak tahu mengenai Pilihan Raya Kecil yang akan diadakan pada 13 Oktober ini.

Boleh dikatakan dari 8 daripada 10 orang yang MKR interview, semuanya “tidak tahu” dan tidak amek “port” mengenai PRK ini.

Di kebanyakkan jalan-jalan utama di sekitar Port Dickson ini kan, memang banyak bendera-bendera berkibar dari pelbagai parti.

Dari merah, hijau, biru dan juga bendera bersimbol dari parti bebas mewarnai sepanjang jalan di kawasan perlancongan ini.

Walaupun banyak bendera dan banner terpampang luas, tetapi ternyata tidak memberi ‘kesan’ terhadap rakyat tempatan terutama sekali dikalangan orang muda.

Ada jugak yang tahu dan sedar tentang Pilihan Raya Kecil ini tetapi mereka hanya mengenali Datuk Seri Anwar Ibrahim. Sekurang-kurangnya korang prihatin jugak siapa yang bertanding dan dalam berkempen Anwar Ibrahim telah menang kerana mendapat perhatian orang muda.

MKR bukan nak condemn tahap ilmu pengetahuan dari segi politik, tetapi bagi MKR kesedaran itu teramatlah penting kerana ia melibatkan siapa yang bakal mentadbir kawasan korang nanti.

Kesedaran politik orang muda di Port Dickson ini berada di tahap yang kurang memuaskan. Kemudian, team MKR ke Konsert Picnic@PD di malam hari yang sama. Jelas kelihatan ramai keluarga dan orang muda yang turun demi artis kegemaran mereka.

Tinjauan kami disana juga masih sama, rata-rata tidak ambil kisah mengenai pilihan raya kecil yang akan berlangsung dalam beberapa hari saja lagi.

Ini merupakan satu cabaran bagi calon yang bakal mendapat tempat nanti untuk memastikan orang-orang muda kita mendapat maklumat yang jelas.

Saya tertanya-tanya jika mereka malas nak ambil tahu atau tidak diberikan pendedahan yang sepatutnya? Tepuk dada tanya selera, bro and sis sekalian! Buat penduduk Port Dickson, jangan lupa tunaikan tanggungjawab anda dengan keluar mengundi, ayuh anak muda! Bangkit!