Network Dalam Air?!

Korang mesti ingat yang telefon hanya dapat signal dari satelit setiap kali kita guna untuk berhubung dengan seseorang atau melayari internet kan?

Kalau korang nak tahu, kita sebenarnya gunakan sebuah jaringan kabel fiber bawah laut (OFC) yang dikenali sebagai “submarine cables”.

Kabel bawah laut ni menggunakan teknologi fiber optik yang digunakan untuk membawa data-data digital macam internet dan data telefon.

Jaringan yang ada kat bawah laut ni dah tersebar di seluruh dunia kecuali antartika dan di setiap negara kat dunia mereka mempunyai menara selular yang dikenali sebagai Base Transceiver(BTS).

Menara-menara tersebut akan terhubung antara satu sama lain melalui jaringan kabel bawah laut dan kemudian menara selular akan pancarkan gelombang elektromagnetik terus ke telefon kita.

Melalui jaringan tu dia buatkan kita boleh berhubung antara satu sama lain, melakukan penghantaran data, audio dan video berkelajuan tinggi kat setiap pelusuk dunia.

Manakala pelancaran satelit ke ruang angkasa lebih banyak digunakan sebagai proses pengesanan (GPS), perkiraan cuaca dan komunikasi pesawat dimana penggunaan kabel bawah laut tidak praktis.

COMMENTS