Nasi Lemak bersama Adun Pasir Bedamar

Geng MKR di Kolej Felcra.

Crew MyKampus Radio lalu Teluk Intan, sewaktu roadshow “Kenali Negara, Sayangi Negara” minggu lalu bermula 25hb sehingga 30hb Ogos.

Tetapi kami tidak sangka dapat berpeluang berjumpa Ahli Dewan Undangan Negeri bagi kawasan YB Terence Naidu.

Dari kiri gambar Afifah bersama YB Terence dan Anum di sebelah kanan.

Bukan sahaja dapat jumpa, malah YB telah payung satu crew makan nasi lemak di Gerai City Mewah, yang dikatakan antara yang famous di bandar sungai ini. 

Peta Kampung Pasir Bedamar

YB Terence kini dalam penggal kedua sebagai ADUN kawasan selepas menang kali pertama pada 2013. Beliau berjaya menang lagi pada Mei 2018. 

Anak tempatan ini menghadiri sekolah Methodist Teluk Intan. Pada masa itu masih dipanggil Teluk Anson. Pertukaran nama berlaku pada 1983, dan kalau kenal pakcik2 dan makcik2 yang tua, mereka masih panggil Teluk Intan sebagai Teluk Anson.

YB Terence bersama warga Pasir Bedamar. (Sumber: https://www.facebook.com/pusat.komuniti.dap.telokintan)

Selepas lulus sebagai peguam dari University of Wolverhampton di UK, Terence kembali ke kampung halaman dan menawarkan khidmat guaman. https://gibblawyers.com/kedavra_team/terence-naidu/

Yang menarik Terence memegang diploma undang-undang Syariah daripada Universiti Islam Antarabangsa, boleh dikatakan pandai bincang fiqh dan wakaf.

i n t a n h i j a u 2: SEKRETARIAT PAKATAN RAKYAT TELUK INTAN SESI BARU  TELAH DIBENTUK
YB Terence bersama ahli PAS Teluk Intan

Kini, masyarakat tempatan boleh menghubunginya di pusat khidmat masyarakatnya (hyperlink: https://www.facebook.com/pusat.komuniti.dap.telokintan/]

Rajin sangat Terence mempromosikan kawasannya. Dia sempat menunjuk video untuk mempromosikan “River Cruise” Teluk Intan. Menurutnya ada satu pulau ditengah sungai, seluas 3km. Selalunya MKR tidak mempromosikan URL lain, tetapi untuk YB Terence kami buat pengecualian. Haha. Di bawah sini.

Lokalocal | Trip Detail
Pemandangan di River Cruise Teluk Intan

Boleh lihat keindahan kawasan jagaan yb dekat video ni https://www.youtube.com/watch?v=Czpaaceb9zw

Perbincangan bertukar ke politik. Maklumlah, orangnya memang dalam politik. No spoiler alert!

Tetapi bukan sesi ceramah. Beliau ingin tahu apakah pendapat anak muda berkenaan perkembangan politik tempatan dan sekiranya kita semua masih nak melibatkan diri dalam sistem politik negara. Oklah, kalau mcm tu!

YB Terence busy agihkan bantuan yang diberikan. (Sumber: https://www.facebook.com/pusat.komuniti.dap.telokintan)
YB Terence memberikan bunga kepada seluruh wanita di Teluk Intan (Sumber: https://www.facebook.com/pusat.komuniti.dap.telokintan)

Sebelum kami balik, dengan perut penuh, kami ucapkan terima kasih kepada YB, kerana meluangkan masa untuk kita, dan juga belanja kami makan. And sempat ambil group pic. Hehe

YB Terence selfie bersama team MKR.

COMMENTS