Media Sosial Punca Isu Kesihatan Mental Meningkat

Sukar untuk dinafikan aplikasi media sosial seperti Instagram, Twitter dan Facebook sudah menjadi ketagihan utama dalam kalangan hampir semua anak muda pada masa kini. Lebih membimbangkan, obsesi terhadap media sosial ini sebenarnya akan menjejaskan kesihatan mental. 

Kata Pakar Psikiatri, Pusat Perubatan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Dr Rozanizam Zakaria, penggunaan media sosial secara berlebihan berkait rapat dan sudah menjadi masalah utama kes-kes kemurungan, keresahan melampau  dan perilaku impulsif. 

Instagram merupakan pengaruh laman sosial terbesar remaja pada masa kini dimana mereka yang mempunyai masalah kemurungan atau memiliki tahap pemikiran yang tidak rasional akan cepat terikut dengan kandungan negatif yang ditunjukkan di media sosial tersebut.