Covid 19: Risiko Bunuh Diri Berterusan

Wabak Covid-19 yang sedang melanda negara Malaysia pada masa kini bukan sahaja dilihat kerana penularannya yang cepat, tetapi penularan wabak ini sudah pasti membuat individu merasa tertekan.

Menurut Pakar Psikiatri, Dr. Rozanizam Zakaria, terdapat tiga pencetus awal yang membawa kepada risiko bunuh diri iaitu kegelisahan yang melampau, pengasingan sosial dan juga masalah kewangan.   

“Self-isolation” yang terlalu lama dan berpanjangan tidak bagus untuk individu yang sudah mempuyai masalah kesihatan mental. 

Ambil berat orang disekeliling terutama dalam keadaan genting ini.Tanya khabar mereka dengan hanya mengakses aplikasi online yang berada di hujung jari. Anda adalah antara penyelamat bagi mereka yang berisiko untuk membunuh diri.