Kenapa seorang pelajar di Sabah menyanjungi salah seorang pembunuh terbesar pada Perang Dunia Kedua? Masih ramai warga UMS bertanya-tanya selepas Ibn Ruru membuat tabik hormat Nazi di pentas konvokasyen di Universiti Malaysia Sabah.
Menurut Ibn Ruru, Adolf Hitler berjaya membunuh 60 juta orang yahudi dan perbuatan tersebut harus dicontohi. Ibn Ruru turut menyatakan sokongan terhadap insiden Halocaust yang terjadi di Eropah. Kisah tragis yang terjadi pada tahun 1941 hingga 1945 di mana pembunuhan beramai-ramai dilakukan oleh tentera Nazi. Kaum Yahudi merupakan sasaran utama Halocaust namun golongan Slav (Rakyat Rusia , Poland dan lain-lain), Sinti (Kurang upaya cacat dan mental) dan golongan Homoseks turut dibunuh dengan kejam.
Ibn Ruru berkata menyokong Hitler adalah hak berkumpulan namun kenyataan tersebut adalah palsu dan dibuat-buat. Yang pelik, pemimpin German kelahiran Austria ini turut membenci orang berkulit gelap seperti orang melayu dan dia masih menyokongnya. Tidakkah graduan ini membuat kajian lebih mendalam mengenai Pemimpin Nazi yang menyembelih bangsa Melayu pada era itu juga. Adakah anda tahu ada puak Yahudi yang menyokong islam dan puak yahudi tidak menyokong islam?
Twitter milik “Grandpa” ada menyatakan yang sebenarnya Hitler hanya membunuh kaum yahudi yang menyokong islam supaya yang tinggal di dunia hanya kaum yahudi yang tidak menyokong islam. Adakah Ibn Ruru masih tidak nampak lagi siapa yang benar dan salah dalam hal ini ? Adakah dia akan kekal menyokong pemimpin kelahiran 1889 ini?
Salah satu kekejaman Hitler ialah dia telah mengumpulkan jutaan orang dan menyembur mereka menggunakan gas beracun yang digelar Zyklon B. Mereka yang menghidu gas ini akan mati secara mendadak.
Sewaktu era kepimpinan Hitler juga, mereka membuat kerja tidak masuk akal dengan menculik anak-anak negara asing untuk diJermankan. Kanak-kanak tersebut dianggap memiliki darah suci dan diyakini mempunyai fisik yang kuat.
menculik kanak-kanak suci
Hitler amat mementingkan keturunan yang sihat dan tidak cacat, sebanyak 360 orang wanita yang hamil harus menggugurkan kandungan jika diri atau suami mereka cacat.
Bayi yang harus digugurkan