Mafia Wanita Terkejam di Dunia!

Percaya tak kalau adanya ketua mafia wanita di dunia ni? Kalah mafia lelaki tau.

Anggota mafia wanita ini bukan sahaja kelihatan angkuh dengan senjata tajam dan kekejaman malah mereka sangat cantik mengalahkan selebriti dan ratu cantik taw.

Team MKR listkan hampir 10 orang ketua mafia wanita yang terkejam di dunia yang dikenali sebagai “The Godmother”.

  1. Sandra Avila Beltran

Wanita dengan jolokkan ‘The Queen of the Pasific’ ini merupakan ketua dari industri dadah terbesar di negara Mexico.

Sangat licik dalam menghilangkan sumber bukti tentang perniagaan haramnya yang menyebabkannya susah untuk ditangkap.

Berkahwin kali kedua dengan bekas polis yang turut menjalankan bisnes bersama dengan Sandra dan suaminya ini telah meninggal dipercayai telah dibunuh oleh pembunuh upahan.

2. Raffaela D’alterio

Rafaella D’alterio wanita gangster yang terkenal sebagai ‘The Big Kitten’.

Rafaella menggantikan perniagaan suaminya sebagai bos besar Camorra di Naples setelah suaminya, Nicola Pianese meninggal dunia.

Ada 3 kesan tembakan di badannya yang pernah membuatkannya derita beberapa tahun namun tak pernah hilang taring samsengnya.

Ditangkap oleh pihak berkuasa Bersama 69 orang anak buahnya dan diantara pertuduhannya adalah tentang pembunuhan seramai hampir 4 ribu orang dalam kepemimpinannya selama 30 tahun.

3. Claudia Ochoa Felix, (The Kim Kardashian of Mexican Organised Crime)

Ini adalah ratu dunia dalam kalangan samseng girl dunia. Malah sangat cantik dan iras-iras Kim Kardashian. Lagi cantik maybe?

Pada tahun 2014,  surat khabar di Inggeris melaporkan bahawa Felix telah dinobatkan sebagai seorang ketua gangster terkenal di Mexico yang bernama Los Antrax.

Kelompok gangster ini merupakan geng pembunuh tersadis. Badan perisik dari Amerika Syarikat melaporkan bahwa geng ini merupakan salah satu geng yang sangat berpengaruh dalam organisasi Perdagangan Manusia (Human Trafficking).

Percaya ke tidak, Felix merupakan ibu kepada 3 orang anak hasil perkahwinannya yang pertama sebelum berkahwin dengan El Chino yang mengajarnya tentang dunia jenayah ini.

4. Judy Moran

Bos Mafia The Moran Family, salah satu kelompok kriminal yang awalnya kurang tersohor di Kota Melbourne Australia.

Yang menjadikan kisah The Moran Family ini jadi popular adalah disebabkan suami dan anak Moran dibunuh malah sepupu-sepupu lelakinya juga dibunuh oleh pihak musuh.

5. Thelma Wright

Thelma Wright adalah isteri kesayangan Jackie Wright, salah satu ketua geng yang paling ditakuti yang menjadi kunci penting dalam sindiket dadah terbesar di Philadelphia.

Mengambil alih bisnes suaminya setelah suaminya dijumpai meninggal dalam keadaan yang mistik iaitu dengan tubuh yang ditemukan tergulung dalam karpet dengan luka tembak di kepala.

Namun kini Thelma telah berubah dan pencen dari sindiket ini demi kelangsungan hidup keluarganya.

PAGES

1 2