10 Cara Protest Di Seluruh Dunia!

Cakap je pasal protest mesti korang dah bayangkan bantahan menggunakan keganasan kan? Tak semestinya uolls. Banyak je lagi cara protest yang tak ganas yang tak berparang berdarah pun. MKR kongsikan beberapa cara protest unik di serata dunia yang dilakukan secara aman damai but still powerful!

#1. Occupy Wall Street- New York City.

Dicetuskan oleh kelompok aktivis berasal dari Kanada. So dorang memprotes ketidaksetaraan ekonomi dan sosial, kadar pengangguran tinggi, kerakusan dan jugak corruption- basically pasal krisis kewangan lah. So, 20 ribu orang berjalan ke arah department kewangan kat Lower Manhatan New York City and duduklah kat kawasan berhampiran Wall Street tu beramai-beramai.

Orang awam, artis and media massa pun join gerakan nie. Dorang yang protest nie memilih untuk tinggal, berkhemah kat Zucotti Park. So korang boleh bayangkan tak? 20 ribu orang membanjiri bandar New York City. Siap tidur kat situ beramai-ramai, berkhemah bagai and siap ada dapur tau duduk lah kat Wall Street tu selama berbulan-bulan. Haaa dasyat kan? Sanggup betul berdemonstrasi sampai berbulan-bulan, menduduki kat luar bangunan tu selama berbulan-bulan.

#2. Bunyikan kunci- Argentina.

Dorang beramai-ramai set kan satu masa dalam pukul 5 petang, setiap hari untuk satu ke dua minit and dorang akan goyangkan ataupun bunyikan kunci dorang. Protest nie tercetus sebab kerajaan Argentina meningkatkan harga minyak and dorang tak setuju. Bayangkan lah korang kalau beribu orang yang join setiap hari pukul 5, kedengaran lah bunyi kunci-kunci haaaa ching ching ching kan? Annoying lah rasanya tapi macam menarik je kan?

#3. Running of the bulls- Pamplona, Spain.

Kat Spain kan famous dengan pesta lembu kan? Malangnya, para aktivis hak asasi haiwan menolak sekeras-kerasnya pesta yang menggunakan haiwan nie. Katanya, 66 ekor lembu akan dibunuh sepanjang pesta lembu berlangsung and berlarutan selama seminggu dan lembu-lembu tu diseksa sampai mati. So dorang protest dengan pakai topeng lembu and ada macam asap merah digunakan sebagai lambang darah haiwan.

Tanda protest dorang pelik sikit, dorang menarik sesiapa jelah yang nak rasa keseronokan berbahaya berjalan kat kawasan Pamplona dengan lembu jantan dilepaskan. So sesetengah orang cedera dan kadang-kadang terbunuh lah kena pijak ke kena tanduk ke dengan lembu jantan tu. Haaa macam balas dendam pulak kan? Tapi protest nie berjaya sebab peningkatkan bantahan dari mereka yang nak tengok daerah San Fermin bebas darah. Mungkin dorang dah bukak mata lah kot kan? Yelah, dah rasa sakit macam mana yang lembu tu rasa.

#4. Perhimpunan lambakan kasut- Paris.

Di Paris pernah berlakunya protest secara besar-besaran sebab dorang nie tak puas hati dengan persidangan iklim , isu pemanasan global. Biasa orang yang akan pergi turun padang untuk protest kan? Haaa kat Paris nie lain sikit sebab kasut je yang ada orang takda. So, korang bayangkan kat dataran tu sepatutnya dipenuhi dengan beribu-ribu penunjuk perasaan, tetapi sebaliknya, ada kasut si penunjuk perasaan je.

Beribu-ribu pasang kasut disusun kat Paris Republic yang sepatutnya kawasan tu ditetapkan untuk aktivis alam sekitar. Tapi macam stylo je kan? Takda orang protest, hantar kasut pun jadi lah. Bayangkan jelah beribu-ribu kasut kot yang dorang letakkan. Haaa apa pun protest tetap perlu dijalankan kan?

#5. Jasad kantong hitam- United Kingdom.

Kira-kira 200 aktivis baring kat pantai lepastu masukkan badan dorang dalam kantong badan hitam. Bantahan nie bertujuan untuk menonjolkan kekurangan reaksi UK terhadap krisis migran dan pelarian yang makin meningkat kat Mediterranean. So 200 kantong badan hitam memenuhi pantai Brighton, macam mayat pulak.

Protest nie dibuat sebab para aktivis marah kurangnya reaksi and tindakan serious UK terhadap krisis pelarian masa tu yang menyebabkan ramai yang terkorban sebab pelarian nie cuba menyeberangi laut Eropah. Tapi UK just buat tak tahu je, biarkan je ramai pelarian lagi yang terkorban. Patutlah dorang marah kan? Tapi seram pulak pergi-pergi pantai tetiba nampak bergelimpangan jasad berkantong hitam terbaring kat situ, mau berlari balik!

Click nextpage untuk baca info yang lagi menarik!

PAGES

1 2

COMMENTS