Tubuh Tinggi Dan Ramping
Untunglah bagi yang memang dah mempunyai bentuk tubuh yang tinggi dan ramping.
Ini adalah kerana segala jenis skirt akan kelihatan sesuai di tubuh anda. Begitu juga dengan rekaan, corak dan warnanya. Semuanya nampak serasi dan cantik dengan anda.
Tubuh Pendek
Ramai yang bertubuh pendek takut untuk mengayakan skrit labuh kerana merasakan akan ‘tenggelam’ dan nampak semakin pendek kalau gaya betul korang akan nampak tinggi tau?
Sebenarnya ada trik menarik kami nak share!
Anda boleh padankan skirt labuh dengan blouse yang sedikit fit atau ‘ngam-ngam’ di badan anda. Pastikan blouse yang dipakai berwarna lebih gelap daripada skirt tersebut. Selain itu, elakkan memakai skirt dengan corak bersaiz besar dan kasut flat. Sebaiknya anda pakai wedges ataupun higheels.
Bertubuh Gemuk
Korang yang bersaiz besar atau gemuk, jangan sembarangan memilih skirt labuh. korang perlu memilih skirt yang mampu menutupi seluruh bahagian kaki.
Apabila anda tidak menutupnya, bahagian tersebut akan memperlihatkan anda semakin gemuk!
Selain itu, elakkan memilih skirt yang terlalu ketak dan bercorak besar
p/s : Gambar adalah sekadar hiasan dan sumber didapati di google
Amacam tips ni? Berguna x? kalau korang ada tips lain nak share dengan MyKampusRadio boleh email di [email protected].