Jogging Di Tempat LuarBiasa

Kelab Tasik Putrajaya, Presint 8, Putrajaya
Korang bole try pergi kat sini. Tempat dia memang cantik . Berdekatan dengan masjid dan juga dataran putrayajaya. Kalau korang ni jenis suke ambil gambar boleh korang gi kat sini jugak tuk ambil gambar sebab tempat memang bersih. Korang jog sini serius nak cakap memang takde orang nk kacau. Tenang aje. hehe… Kalo korang nak gi sini korang boleh waze je.

Picture

Taman Saujana, Presint 11, Putrajaya
Selain presint 8, korang boleh jugak pergi kat sini, tempat nie lagi best… hehe.. sebab orang cakap tempat nie macam oversea dah.. sebab suasan dia yang kemas, bersih. Kalo korang rase nak jog ala2 luar negara, jom kita gi jog kat sini.. tempat nie susah sikit nak pergi but boleh je korang guna waze sbb dia akan tunjuk jalan yang jauh sikit.

Picture

Taman Tasik Permaisuri
Nak pergi sini senang je.. Korang taip je Taman Tasik Bandar Sri Permaisuri, nanti dia akan tunjuk berape km nak pergi ke sini. Tempat jog sini boleh dikatakan jauh dan susah sebab berbukit, memang kaki korang akan rasa kejang ah. Time pagi and petang memang orang tak ramai yang jog kat sini, mungkin tempat jog sini memenatkan kot, tapi tu yang kita nak, lagi susah lagi mencabarkan?

Picture

Taman Metropolitan Batu Kuala Lumpur
Haa. sini pon tempat korang leh gi tuk jog sambil layan lagu korang kat mp3 tu.. hehe.. sini korang jugak boleh tengok orang main skate board or korang yang pandai main pon boleh join. Sini juga ada taman permainan kanak2.. Boleh lah korang bawak family korang gi main kat taman nie.. Selain itu ada juga track tuk race kereta controller.. Boleh jugak korang race kat sini.. Taman nie memang best nk buat macam2 walaupon sini tak ramai orang..hehe…
So, kalo korang ada lagi tempat2 yang menarik atau tempat ramai kawan2 korang tak tahu korang boleh share atau boleh email ke [email protected].. Jom sihatkan diri dengan aktiviti2 yang mengeluarkan toksik2 dalam badan!!