Pesona Bulu Mata

By; ayumohdkhamin

Bulu mata palsu selalu menjadi pelengkap kepada kecantikkan wanita. hanya dengan sepasang bulu mata mampu membuatkan wajah wanita itu nampak ‘glamour’. namun tahu kah anda daripada sejarah wujudnya bulu mata ini.

kami di MKR akan kongsikan kepada anda .

Bulu mata palsu pertama kali dibuat pada tahun 1916. Siapa sangka, orang yang pertama kali memiliki idea untuk membuat bulu mata palsu ini adalah seorang pengarah Amerika Syarikat, D.W. Griffith. Griffith yang ketika itu tengah membuat film berjudul “Intolerance”, menginginkan pelakonnya Seena Owen, untuk memiliki bulu mata lebih panjang dari asal .

sebelum membeli kita harus mengetahui bahan yang digunakan kerana bahan yang berbeza akan memberi kesan yang berbeza. so, MKR akan tunjukkan kepada anda jenis-jenis yang terdapat di pasaran

1. Synthetic Hair
ini adalah bahan yang paling mudah ditemui di pasaran. Walaupun sintetis tapi bukan semata-mata bahan dari plastik. Biasanya ia merupakan bahan campuran dari plastik dan sutra. harganya murah. Jenis ini biasanya kurang lentik dan kadang warna terlalu pekat dan berkilat. namun ada juga yang sintetis yang dihasilkan lebih lembut dan lentik bergantung pada berapa banyak sutra digunakan harganya pun agak mahal.

2. human hair

bulu mata yang diperbuat daripada rambut asli ini biasanya lebih ringan, lebih lentik dan dan kelihatan asli. jenis ini boleh diguna pakai berulang 6 hingga 10 kali. Harganya agak mahal. Cara untuk membezakan dengan jenis sintesis ?Jika ia terlalu licin dan sedikit melantun apabila dibengkokkan, maka ia adalah jenis sintetik

 3. Animal Hair

bulu mata palsu juga ada yang diperbuat daripada bulu haiwan iaitu bulu rubah atau bulu mink . harganya adalah yang paling mahal. tapi teksturnya sangat bagus, mudah lentur, halus, ringan dan lembut.  Bulu mata palsu dari haiwan ini boleh dilapiskan dengan maskara. ia kan menghasilkan belasan kali lebih panjang. Bulu mata jenis ini biasanya dipakai buang atau boleh cari berlabel ‘reusable’ untuk dipakai berkali-kali.

Tips penjagaan bulu mata palsu.

bulu mata juga harus dijaga rapi. lebih-lebih lagi pada mereka yang ‘reusable’. jika tak dijaga dengan betul kemungkinan akan memendekkan jangka hayat bulu mata menjadi pendek dan lebih teruk lagi jika memberi kesan alergi pada mata. so, MKR nak shared dengan korang tips yang betul.1. Cari satu bekas kecil dan isi dengan air kosong. Kemudian rendam bulu mata palsu anda selama 5 minit. Pastikan anda guna air kosong jika tidak ia akan membuatkan gam menjadi lebih cair dan melekit.

2. Selepas 5 minit itu, gam yang ada pada bulu mata palsu akan jadi lebih mudah untuk ditanggalkan. Gunakan tweezers (penyepit kecil) sekiranya kuku anda tidak cukup panjang untuk menarik kesan-kesan gam itu.

3. Ambil putik kapas dan rendamnya dalam make up remover. Kemudian bersihkan kesemua lebihan produk yang ada pada bulu mata palsu anda seperti eyeliner, eyeshadow, dan mascara

4. Akhir sekali, gunakan rubbing alcohol (bukan alkohol untuk minum ya) untuk betul-betul memastikan tiada lagi kesan-kesan yang tertinggal. Lepas itu lap bulu mata palsu dengan putik kapas. Anda boleh dapatkan rubbing alcohol ini di mana-mana kedai farmasi seperti Watson atau Guardian berdekatan.

Picture

step untuk pakai1. pilih bulu mata sesuai dengan aktiviti yang kita hendak lakukan.j ika nk penampilan ‘natural’, pilihlah bulu mata yang tidak terlalu panjang & tebal dengan volume sedikit jarang…

2. Sepitkan bulu mata ‘original’ dengan menggunakan penyepit bulu mata dan tunggu beberapa saat sehingga bulu mata menjadi lentik.

3.  Applykan maskara ‘waterproof’ dgn cara ‘zig zag’ selapis pada bulu mata (jangan tebal).

4. Guntingkan hujung bulu mata palsu jika ianya terlalu panjang (bahagian luar) sehingga ianya sesuai dengan garisan mata anda. jangan terlalu pendek..ini akan membuatkan mata anda nampak janggal.

5. Aplikasikan gam (khusus utk bulu mata palsu) keseluruh bhgn pangkal bulu mata palsu.

6. Tempelkan bulu mata palsu tepat pada garis pertumbuhan bulu mata

7.Gunakan eyeliner (sebaiknya eyeliner cair) pada garis bulu mata untuk menutupi sambungan bulu mata palsu.

8. Apply kan maskara dengan cara zig-zag supaya dapat satukan bulu mata asli dengan bulu mata palsu. Sekali lagi kita gunakan penyepit bulu mata untuk menggabungkan bulu mata original dengan palsu

It’s time to act like a lady, lashe like a boss! kini anda akan nampak lebih bergaya dengan bulu mata. wajah yang cantik tak sempurna tanpa bulu mata. lagi-lagi kalau pakai mekap. selamat mencuba !