By : Subhashinii Jeyasankar
APA ITU SARI ?
Saree adalah sehelai kain berbentuk segi empat yang tidak dijahit dan berlinkungan dari empat ke Sembilan meter panjang yang ditabir ke atas badan dalam pelbagai cara. Ia mempunyai pelbagai jenis, rekabentuk , corak dan warna. Ia adalah pakaian tradisi wanita-wanita yang berasal dari India, Pakistan, Bangladesh, Sri Lanka dan juga Nepal dan biasanya dipakai oleh mereka yang berbangsa India. Sari biasanya dipakai di atas kubah dengan blaus membentuk pakaian atas. Baju ini mempunyai lengan pendek dan leher yang rendah dan biasanya dipotong di tengah-tengah, dan oleh itu amat sesuai untuk dipakai di musim panas yang panas di Asia Selatan. Saree adalah antara salah satu daripada pakaian tradisional yang tertua di dunia dan mungkin satu-satunya pakaian yang masih bertahan tradisinya sampai ke hari ini daripada ditelan zaman pemodenan. Keanggunan kain tersebut terletak pada corak, variasi dan kombinasi warna. Sari biasanya dianggap sebagai satu reka bentuk seni tertua di Negara India.
BAGAIMANA IA DIPERBUAT?
Pada zaman dahulu, Sari ditenun dari sutera atau kapas mengunnakan alat tenunan. Yang kaya mampu memiliki sari sutera dan golongan yang miskin hanya memakai Sari kapas. Sari yang tidak mahal dihiaskan dengan cetakan blok dengan menggunakan blok kayu diukir, pencelup sayur-sayuran, atau pencelup ikat yang digelar sebagai karya bhandani di India. Sari yang lebih mahal mempunyai hiasan atau brokad bergeometri, berbunga atau kiasan yang teliti dicipta daripada mesin tenun. Kadang-kadang benang-benang meleding dan benang pakan dicelup ikat dan kemudian ditenun, menciptakan corak ikat. Untuk menghasilkan Sari yang mewah, corak-corak ini akan ditenun dengan benang emas atau perak, yang digelar sebagai karya zari. Kadang-kadang Sari yand sudah ditenun akan dihiasi lagi dengan pelbagai jenis sulaman.Karya resham adalah sulaman yang diperbuat dengan benang sutera berwarna. Sulaman zardozi adalah dengan menggunakan benang emas dan perak, atau mutiara dan batu permata tiruan.Manakala, versi murah zardozi menggunakan benang logam sintetik dan batu tiruan seperti mutiara palsu dan kristal Swarovski. Pada zaman sekarang, Sari semakin ditenun menggunakan alat tenunan mekanik dan diperbuat daripada serat buatan, seperti poliester, nilon, atau rayon, yang tidak memerlukan starch atau menyetrika. Ia akan dicetak oleh mesin, atau ditenun dalam corak mudah di bahagian belakang Sari.
Cara Pemakaian Sari
Gambar diatas menunjukkan cara pemakaian klasik iaitu gaya pemakaian Nivi. Gaya ini sangat popular dan yang biasa digunakan oleh semua.
GAYA PEMAKAIAN SARI
Cara memakai Sari biasanya mengikut Bangsa, Negara, atau pilihan seseorang. Terdapat banyak pelbagai gaya memakai sari, antaranya termasuk gaya Utara, gaya Barat, gaya Tenga, gaya Selatan dan gaya Timur. Setiap gaya juga mempunyai jenis kain tersendiri untuk memakainya. Gambar di atas adalah contoh gaya terbaru dan unik untuk memakai sari yang diperkenalkan oleh wanita bernama Tia Buva yang juga merupakan seorang pereka baju. Gaya pemakaian sari juga banyak dicipta mengikut zaman kemodenan sekarang. Antara 11 gaya pemakaian sari yang popular dalam dunia fesyen dan masyarakat India adalah :
1. Nivi Style
2. Gujaratti Style
3. Butterfly Style
4. Bengali Style
5. Lehenga Style
6. Maharashtrian Style
7. Mermaid Style
8. Half Sari Style
9. Dhoti Style
10. Pre-stitched Style
11. Pant Style
Jenis Kain
Chanderi Silk Chanderi Silk
Kanchipuram Silk Kanchipuram Silk
Banarasi Silk Banarasi Silk
Paithani Silk Paithani Silk
Patola Silk Patola Silk
Bhagalpuri Silk Bhagalpuri Silk
Kota Silk Kota Silk
Mysore Silk Mysore Silk
Kanjivaram Silk Kanjivaram Silk
Jadi ini je la sedikit daripada jenis Sari Sutera. Terdapat banyak lagi jenis Sari, corak , variasi dan kombinasi warna. Harga Sari bergantung pada jenis kain dan juga corak-coraknya. Kalau kamu ingin membeli sari , ketahui lah cara pemakaiannya dan juga jenis kain yang padan dengan bentuk badan kamu yea… 😀