Euwww , Malaysia buat games ?

Euwww , Malaysia buat games ?

Haa, mesti korang ada pernah terfikir kan Malaysia noob, mampu ke nak cipta game apa semua ni? Setakat main boleh lah. Lain lah kalau korang memang gamers tegar. Opkos ler korang tahu kan. Ini yang tak tahu ni haa jom ambil tahu. Kot kot dapat partner gamers, tade lahh noob sangat kan.

 

8 Games Buatan Malaysia
1. King’s League: Odyssey  ( by Kurechii )
Harga : RM 3.99
Game Strategi : Rekrut 46 kelas unik dan upgrade untuk pertahankan bandar. Gunakan wang dalam game untuk
upgrade bangunan dan fasiliti. Teroka dungeon dan lawan bos dalam setiap dungeon. Banyak mode lain termasuklah      Endless Mode dengan lebih 60 achievements.
2. Tiny Guardians ( by Kurechii)
​Harga : RM 17.99
Game Strategi : Game tower defense tanpa ada tower. 12 kelas berbeza dan 4 skil boleh upgrade. Lebih 40 musuh berbeza dan gunakan strategi berbeza untuk kalahkan mereka. Setiap level ada story dan challenge mode dan lawan bos dalam special events.
3. Lining Jump Smash 15 ( by Mediasoft Entertainment )
Harga : Percuma
Game Strategi : Main dalam tournament untuk unlock karakter baru dan jadi juara dunia. Customize karakter sendiri dan naikkan skil dalam Training Mode.
Lawan dengan rakan atau orang lain dalam mode local multiplayer atau online tournament.
4. Mobfish Hunter ( by Appxplore SDN. BHD. )
Harga : Percuma
Game Strategi : Selam laut dengan lebih dari 110 level.
Upgrade equipment untuk selam dengan lebih dalam dan laju.
60 Power Chip dan lebih 50 000 kombinasi cara bermain. Connect dengan Facebook dan buktikan siapa lagi power dalam highscores.
5. Roll Spike Sepak Takraw. ( by Mediasoft Entertainment )
Harga: Percuma
Game Strategi: Kalau korang hebat sangat main games ni, haa download lerr apa lagi. Games ini adalah game takraw pertama dalam mobile games.Unlock team dan stadium dari serata dunia.
6. Ejen Ali ( by Media Prima Digital )
Harga : Percuma.
Game Strategi : Mainkan sebagai Ejen Ali dan jalankan misi menyelamatkan dunia. Selamatkan dan unlock ejen lain. Upgrade skill dan gajet untuk selesaikan misi dalam 50 level mencabar.
7. Crab War ( by Appxplore SDN. BHD. )
Game Strategi : Pertahankan rumah ketam dari raksasa lain.Kumpul lebih dari 80 ketam berbeza dan buru lebih 50 jenis binatang lain. Upgrade skil dan talent untuk menang war demi pertahankan tempat tinggal ketam.
8. Postknight (by Kurechii )
Harga : Percuma.
Game Strategi : Travel dalam adventure sebagai Postknight dan pilih armour dan skill yang sesuai ikut kesesuaian masing –masing. Customize barang ikut kehendak dan rehat dari adventure untuk date dengan karakter lain.
Haa, kalau korang tak main game pun, haa cuba suggest kat partner korang. Nampak sikit kau support minat dia. Acah lah kau tak noob.