Handbag Terbaik Untuk Kampus Life Pilihan MKR

By : Chem
Semua orang pernah alami situasi ni lagi-lagi student perempuan yang nak ke kampus tu. Haa memang tak sah lah kalau tak bawak dua tiga beg. Handbag dah confirm lah kena bawak. Lepastu beg laptop, and then beg make up lagi. Tu baru pergi kelas. Belum pergi bercuti lagi. So, MKR nak share kan beberapa handbag atau beg yang paling ngam untuk korang yang nak pergi ke kampus tu. Korang hanya perlukan satu beg je untuk ke kampus mulai sekarang. 

Picture

Doodle

1) Tote Bag

Beg yang paling simple and style. Bukan setakat tu je. Tote beg ni kita boleh dapatkan dengan harga yang murah dan berkualiti dalam serendah RM 5. Tote beg ni juga boleh di gantikan dengan handbag yang lain sebab kita boleh jadikan tote beg ni dalam pelbagai bentuk atau pun design yang berbeza. So, kalau tote beg tu plain berwarna putih, ramai orang selalunya buat DIY sebab nak menampak kan beg tu lagi rare dan menarik. Contohnya, seperti di bawah.

Picture

Tie Dye

2) Messenger handbag

Sejenis sling beg dan beg ni memang sangat sesuai untuk korang yang jenis suka pakai casual ke class atau pun yang acah-acah hipster tu. Sebab beg ni tahan lasak and terdapat banyak poket yg boleh letak macam-macam barang. Maklum lah kalau dah dinamakan perempuan tu, setiap poket yang ada dalam beg tu mesti penuh dengan lipstick, powerbank dan macam-macam lagi kan? Walaupun dia nampak macam old fashion tapi sesuai utk pakai ke mana-mana je sebab kalau korang pakai beg ni ke kelas, ia lagi menunjukkan yang si pemakai tu nampak cool and classy.

Picture

Canvas

Picture

Berkulit

​3) Canvas flap backpack

Antara beg yang tengah trendy sekarang. Macam beg sekolah tapi lebih kecil sedikit dan sudah tentunya design dia lebih kepada feminine. Selalunya beg flap backpack ni sesuai dipakai oleh golongan student perempuan. Dalam masa yang sama ia amat selamat dipakai untuk kemana mana saje sebab dapat dielakkan daripada mangsa penyeluk saku. And bukan setakat buku je boleh letak tapi laptop pun boleh muat masuk dalam beg tu.

Picture

Canvas flap backpack

4) Shopper Handbag 

Kalau nak lebih fashion lagi, korang boleh pakai shopper handbag ni. Shopper handbag ni sebenarnya dia bukan setakat boleh pakai ke kelas je tapi boleh juga dipakai utk pergi kemana mana majlis sebab beg ni mcm handbag berjenama yang lain juga. Moden dan vogue. Cumanya beg ni besar lagi daripada tote beg. Tambahan pula, beg ni terdapat dalam pelbagai jenis fabrik. Sama ada berkulit atau canvas. So, korang tak perlu lagi nak bawak dua tiga handbag sebab shopper handbag ni boleh muat utk barang-barang yang berat dan besar.

Picture

Canvas

Picture

Berkulit

COMMENTS