Bila kita ‘single’ ni, banyak soalan yang kadang-kadang kita susah nak jawab. Tapi di sini, team MyKampus Radio nak bagi tips sikit untuk korang jawab nanti! Hehehe
1. Bila nak ada Girlfriend/Boyfriend?
Jawapan: “Tunggulah nanti.. Bunga bukan sekuntum/ Kumbang bukan seekor kat dalam dunia nih.”
2. Tak sunyi ke takde Girlfriend/Boyfriend?
Jawapan: “Kalau awak berada ditempat saya, agak2, rasanya macamana?”
3. Muka dah cantik/hensem, takkan lah takde orang nak kot?
Jawapan: “Owh..Saya Hensem/Cantik ke? Terima kasih.”
4. Eh, makan sorang-sorang je? Mana awek/boyfriend ?
Jawapan: “Eh, taklah. Mana ada sorang2.. Tak nampak ke saya lepak ‘berjemaah’ satu bas ni? Kalau tak nampak jugak, ‘tak lama’ lagi lah tu.”
Harap korang boleh jawab untuk persiapan dengan tenang. Lepas ni tak payah runsing2 nak jawab. Huhu
Yang korang kalau nampak member macam ‘Single’ atau ‘Forever Alone’ tu, kalau boleh tak payah tanya soalan2 macam tu. Dia mungkin ambil masa untuk bersendirian. Minda tu bukak sikit ye. Peace yo