Korang Dah Tau 5 Benda Ni Tentang Hari Gawai???

Gawai Dayak adalah perayaan tahunan yang dinanti-nantikan oleh masyarakat di Sarawak. Hari Gawai menandakan berakhirnya musim menuai padi. Setelah bekerja keras, inilah masanya untuk meraikan titik peluh dan bersuka ria. Walaupun disambut oleh kaum Dayak, kaum lain turut sama-sama memeriahkan sambutan festival padi ni. Memang awesome la orang-orang Sarawak ni!

  1. GONG

Diraikan setiap 1hb Jun, tapi start 31hb Mei lagi dah meriah. Semua orang akan buat persediaan menyambut Gawai. Gong akan dimainkan menandakan Hari Gawai dah bermula. Masa ni lah semua orang akan ucap “gayu guru gerai nyamai” yang bermaksud “semoga panjang umur & murah rezeki”.

2. MAKANAN TRADISI

Menu tradisi?? Mestilah kena ada lemang, hidangan itik, babi dan manok pansuh. Manok pansuh ni memang hidangan yang ditunggu-tunggu. Ianya adalah ayam yang dimasak di dalam buluh dan dibakar sampai masak. Kalau kuih pula ada kuih sarang semut, kuih sepit, cuwan dan macam-macam lagi lah.

3. AIR TUAK

Tak sah lah Gawai kalau tak ada air tuak. Tuak ni adalah air beras yang dah ditapai dan dihidangkan kepada tetamu yang datang.

4. NGAJAT

Tarian Ngajat adalah tarian yang sering dipersembahkan ketika Hari Gawai. Para penari akan memakai pakaian berwarna warni siap dengan aksesori tradisional. Antara aksesori yang dipakai bersama ialah tali pinggang, rantai leher dan topi. Pakaian tradisional ini biasanya dipenuhi corak manik. Nahh belanja video ngajat untuk korang.

 

5. KUMANG GAWAI

Tak lupa juga, setiap kali Gawai Dayak , Pertandingan Kumang Gawai akan diadakan bagi mencari Ratu Cantik  khas untuk sambutan Hari Gawai.

COMMENTS