Kisah “Boikot” yang bongkak

Semua orang tahu apa itu boikot atau dipulaukan, bukan ? Tapi kali ni kami bukan nak suruh korang lancarkan boikot atau palau sesiapa tetapi kita akan mengenali sejarah asal usul terciptanya perkataan boikot ni. So, jom kita kenali sejarah perkataan boikot ni bersama MKR!

Pada 1873, seorang pesara tentera iaitu Kapten Charles Cunnigham Boycott telah dilantik sebagai pengurus ladang Earl of Erne di Country Mayo, Ireland. Secara hakikinya, tugasnya sebagai pengurus ladang tidak disenangi oleh golongan petani ekoran perangainya yang bongkak dan sombong.

Perbuatan jengkel Boycott yang tidak disenangi oleh petani mula disedarinya. Lalu, kadar sewa telah dinaikkan dan merampas hasil pertanian kepada sesiapa yang lewat membayar sewa. Then, bermula dari situ golongan petani telah mula berbincang dan mengambil kata sepakat untuk menentang Boycott.

Tanpa melengahkan masa akibat rasa terhina dan ditindas, para petani mula melancarkan strategi memboikot si Boycott ini dengan berjumpa dengan setiap orang yang berurusan dengan si Boycott ini supaya tidak melakukan sebarang urusan dengannya. Kira macam memboikot si Boycott lah. Bunyi pelik, bukan ?

Tapi itulah hakikat dan asalnya perkataan “boikot” apabila ia digambarkan sebagai satu protes dengan memulau atau meminggirkan sesuatu yang dilakukan secara kolektif. Hari ini di serata dunia, perkataan boikot digunakan secara meluas bagi menggambarkan rasa marah atau benci individu atau kelompok masyarakat ke atas sesuatu.

Mesti korang tak sangka kan perkataan yang selalu korang pakai ada sejarah di sebaliknya? Sebut boikot, ingat Boycott.