Kisah Tragis Game “The Sims”

Pasti semua orang kenal game The Sims kan? Ye, sebuah game yang membenarkan korang untuk mencipta rumah, malah bandar idaman korang sendiri. Bermodalkan Sims iaitu manusia alam maya, korang boleh meneroka dan membina apa sahaja yang korang rasakan sesuai dalam game ni.

Game yang menggunakan pelantar PC ini adalah hasil daripada idea dan usaha keras Will Wright selaku pencipta asal bersama rakan-rakannya. Game terbitan Eletronic Arts ini juga boleh dikatakan sebagai sebuah francais game yang paling berjaya sekali.

Will Right

Pada tahun 2011 sahaja, sebanyak 150 juta salinan game The Sims telah terjual di seluruh dunia dan antara game yang paling laris sekali dalam sejarah permainan video bagi konsol PC.

Namun begitu, korang tahu tak yang game ni asalnya adalah daripada peristiwa rumah yang terbakar ? Yes, pada 1991 sebuah rumah di Oakland telah hangus dijilat api yang mana ia adalah rumah Will Wright iaitu pencipta asal game ini. So, dia cuma tinggal sehelai sepinggang je masa tu.

Then, dia terfikir bagaimana rasanya jika seseorang itu tidak mempunyai rumah dan inginkan rumah yang diidamkan. Jadi, berkat kerja keras dan usaha gigih dia, maka terciptalah game The Sims ini yang sehingga kini telah memasuki siri ke-4 game The Sims.

Last but not least, pengajaran yang kita boleh ambil adalah jangan sesekali putus asa walaupun pelbagai dugaan yang menimpa. Hidup ni cuma sekali je tau.